Life's Notes
When writing the story of your life, don’t let anyone else hold the pen
Friday, February 10, 2012
Tuesday, July 19, 2011
Dessert : Ice cream!
Menghilangkan kepanasan summer dengan simple dessert home-made aiskrim kacang merah. Resepi yang sangat senang boleh dirujuk kat sini . Boleh juga ganti kacang merah dengan buah-buahan pilihan hati. Ais krim yang dijamin bebas tanpa emulsifier yang tidak diingini.
~curently enjoying my ice-cream,typing and listening (^_^)V
Saturday, July 16, 2011
Dent : Deciduous
During this summer course,
the most precious things for each
4th JUST dental student
are 3 deciduous molars
that would cost
40 marks
( 10 marks for bringing the molars and 30 marks for practical part)
Sunday, July 3, 2011
Catatan : Summer ~
Syukur selamat sampai ke bumi Jordan tanggal 1 Julai 2011. Perjalanan balik juga melompat-lompat..ni kalau masuk lompat jauh konfem menang ni. Perjalanan bermula jam 4 pagi 30 Jun dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Dengan selamat sampai ke Putrajaya Presint 18 jam 1 petang,sempat rehat-rehat kat rumah pak sedara dan menibai nasi beriani versi favourite ayah di Presint 1.
Lebih kurang jam 6 suku,sudah sampai di KLIA. Dengan berat hati menolak troli berisi beg besar yang berat,beratur untuk check-in.Route pulang kali ni bermula dengan flight dari KL ke Bangkok dengan Lufthansa Airline. Lufthansa ni flight German. Dalam flight, kami dihidangkan dengan burger kecik ayam. Erk..perut memang berkeroncong sebab tak sempat makan sebelum fly, tapi apakan daya, sebab tak konfem halal atau tak, gastric acid hanya menghadam buah betik dengan nenas saja. Burger tersebut jadi hiasan hidangan aje lah.
Sesampai di Bangkok , bau makanan di cafe airport memang menikam saliva flow la kan. Semua kedai ade tomyam kot. Tapi sekali lagi, tahan saja lah, halal haram tak tahu.Sobs. Security di Bangkok ni pun agak ketat. Masa check-in, rasa macam kena soal siasat. Siap minta bukti nak ke Jordan untuk study. Huu..Dari Bangkok, thru Egypt Air, fly ke Egypt seterusnya Jordan. Haa..lega la kan dapat makan.hehe.Alhamdulillah.
Dan hari ni, 3 Julai , hari pertama summer semester, ke Dental Teaching Centre tepat pukul 9 pagi. Klinik hari ni pulak Prostho. Terkejut juga hari pertama dah kena ambil alginate impression. Dah la tak buka sebarang nota. Kacau saja lah alginate tu kan. Lepas tu terus dapat markah praktikal. Apa-apa pun, syukur semua Ok. Boleh la ketuk dentist-to-be ini yang memang cuti-secutinya tanpa buka buku sebulan yang lepas. (T_________T)Y
Subscribe to:
Posts (Atom)