Friday, July 2, 2010

Catatan : Belajar

Alhamdulillah atas nikmat masa yang dikurniakanNya.Setelah hampir 2 minggu,cuti pertengahan semester kini tinggal sehari untuk 'dinikmati'.

Cuti kali ini agak berbeza.Jadual tidak terlalu padat,tidak terhad pada 1 aktiviti sahaja.

Masa yang terluang juga dimanfaatkan dari pelbagai aspek di bawah satu tema : BELAJAR!

Menjadi tourist guide :
Pengalaman yang paling berharga!Membawa 4 sahabat dari Moscow menjelajah bumi Jordan dan Syria.
Hari pertama dimulakan dengan lawatan ke Mukhayyam Palestin,tinggalan Kota Rom di Jerash dan Ma'rikah Yarmouk.Siapa sangka,pada hari matahari memancar terik dengan suhu mencecah 34 darjah,kami bersiar-siar di sekitar Jordan.Apa yang best?Haa..

1)Mengasah bahasa Arab dengan cara bersembang dengan driver van.Sedikit sebanyak,tatabahasa yang agak berterabur dapat dibetulkan.Adakalanya,pakcik driver menggunakan bahasa 'arab fushah(bila dia tengok muka kami berkerut).
2)Hargai sejarah.Menghargai tidak cukup dengan hanya mengetahui fakta sejarah,tapi output yang kita boleh ambil untuk membina diri!

mukhayam palestin-jerash-ma'rikah yarmouk

Hari kedua dan ketiga.Penjelajahan ke bumi Syria.Ditemani oleh Cik S.Ini adalah kali ke-5 saya menjejakkan kaki ke Syria(lebih spesifik-Damsyiq).Dengan kata lain,perancangan perjalanan kali ini berdasarkan pengalaman sedia ada (bajet,pengangkutan dan keselamatan).Alhamdulillah,permusafiran kali ini dipermudahkanNya.Kami ditemukan dengan beberapa pelajar Malaysia di sana,dan segala urusan cukup sempurna!Terima kasih (^_^)


damsyiq

Masa untuk membina :
Cuti kali ini juga menyaksikan kedatangan delegasi dari Kelantan(Speaker Dewan Undangan Negeri dan ADUN Pasir Tumboh)Bagi saya,ini kali pertama bertemu dan menguruskan VIP.Entah berapa kali terdetik perkataan "Oooo..gini.." di hati.

Mengutip mutiara kata dari 2 pemimpin tersebut,apa yang dapat saya simpulkan :

Kita adalah golongan harapan dalam menyembuhkan penyakit[baca : masalah] dalam masyarakat.Tanggungjawab dan amanah besar ini terletak di setiap bahu pemuda pemudi Islam.

Apa yang kita boleh buat sepanjang bergelar pelajar?

BINA diri!

Tugasan akhir :
Sesi kepimpinan 2009/2010 kian hampir berakhir.Setahun.Tempoh yang agak lama andai dinilai dari segi kerja-kerja yang menekan diri.Tapi setahun juga tempoh yang sangat singkat jikalau dilihat dari aspek mendidik jiwa.

Setahun
aku kenal apa beza laporan dan minit mesyuarat
Setahun
aku faham erti kepuasan hati apabila hasil kerja siap sempurna
Setahun
aku disisi rakan kerja yang saling menyokong dan memberi semangat
Setahun
aku hargai masa yang menghimpit
Setahun

Monday, May 24, 2010

Hati : Antara 2

Semalam,23 Mei 2010,merupakan hari kemerdekaan yang ke-64 buat Jordan.Kelihatan para pemuda yang bersemangat mengadakan perarakan menyambut hari bersejarah itu.Aah..semangat kenegaraan cukup sebati dalam kalangan masyarakat di sini.Dalam lingkungan 100 orang,memegang sepanduk-sepanduk dan gambar Raja Abdullah,mereka berarak sambil melaungkan slogan Jordan.Semestinya,suasana cukup hingar-bingar sehingga kelenaan tidur terganggu.

*****

Semalam,8 Jamadil-Akhir 1430 hijrah,merupakan hari 'ulang tahun' ke-1417 perlantikan Umar-Al-Khattab sebagai khalifah kedua umat islam setelah dipersetujui oleh para sahabat.Mula memegang tampuk kepimpinan secara rasmi pada 22 Jamadil-akhir (selepas Abu Bakr meninggal dunia),Umar Al-Khattab memainkan peranan dalam mengembangkan empayar Islam.Menawan Mesopotamia,menamatkan empayar Byzantine dan membuka Kota Baitulmaqdis,sumbangan beliau cukup besar pada umat waktu itu.Aah..tapi sayang,kini berapa ramai yang mengenali Umar-AlKhattab?Siapakah yang mempunyai impian seperti beliau?Mempunyai semangat sepertinya untuk menaikkan Islam sebagai world-order?

*****
Sejarah itu berulang setiap tahun.8 Jamadil-Akhir.Bertitik-tolak dari keputusan syura para sahabat,Islam menuju kegemilangannya pada zaman Al-Farouq.Namun,segelintir sahaja yang tahu dan peka dengan hari penuh makna ini.Jauh sekali,perarakan dan sambutan diadakan.Dan jauh di sudut hati,aku cemburu dengan semangat Al-Farouq!

Monday, May 17, 2010

Resepi : Nasi Kerabu versi Jordan

Assalamualaikum.Pertama kali menjenguk alam blog setelah hampir sebulan menyepi.Alasan kukuh?kelemahan diri yang tidak mampu menghadapi kekangan masa yang ada.

Nasi kerabu,menu yang tidak asing bahkan popular di kalangan warga negeri pantai timur terutamanya Kelantan.Merupakan menu yang saya kira agak kompleks,nasi kerabu mendapat tempat khusus di hati masyarakat negeri itu.Nasi kerabu juga enak disajikan bersama ikan goreng bersalut tepung/ayam rempah/solok lada.

Bagi seorang perantau,saya tidak menafikan perasaan rindu untuk menikmati sajian nasi kerabu asli di Kelantan(dengan kata lain,saya juga kuat makan).

Buat nasi kerabu di Jordan?it is possible!Sedikit sebanyak boleh menghilangkan rasa mengidam.

Bahan :-

Kerabu:
1.Sardin Milo (2-3 tin)
2.Kelapa kering/kopra
3.Serai (3 batang)
4.Bawang besar
5.Bawang putih
6.Gula Melaka (cairkan)
7.Lada hitam(hancur)
8.Garam

Kuah:
1.Bawang besar
2.Cili kering
3.Serai(2 batang)
4.Lengkuas
5.Santan

Cara :-

1.Kerabu :
  • Sardin dihancurkan dan digoreng tanpa minyak.
  • Blend kelapa kering dan digoreng tanpa minyak.
  • Blend bawang besar,bawang merah dan serai.
  • Panaskan kuali dengan api sederhana.Tumis bahan yang diblend.
  • Setelah harum baunya,masukkan sardin.Kacau rata.
  • Masukkan lada hitam dan garam
  • Akhir sekali,masukkan kelapa kering dan gula melaka.Kacau sebati.
2.Kuah :
  • Blend bawang besar,sebatang serai dan cili kering
  • Tumis bahan yang diblend sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan.Kacau sentiasa.
  • Masukkan lengkuas dan lebihan serai.
  • Masukkan garam secukup rasa.
Ulam pelengkap?
Cincang sayur berikut : kacang buncis(sebab tiada kacang panjang),timun

Nasi ?
Tanak nasi dengan pewarna biru + daun limau purut

Selamat mencuba.

Friday, March 19, 2010

Cerpen : Dia

Penat.Seraya dengan itu,kerusi ditarik.Ini bukan kali pertama hujung minggu tidak dinikmati.Rasa bersalah juga mengisi ruang hati.Masakan tidak,keluarga hanya menerima teks pesanan ringkas kebelakangan ini.Sudah lama tidak kudengar suara adik-adik bercerita.

Sambil itu,otak ligat menyusun langkah tugas seterusnya.Tidak cukup dengan itu,pantas sahaja marker pen diambil.Menambah senarai amanah di whiteboard beserta tarikh due-date."Ah,seorang muslim itu perlu tersusun urusannya.",getus sang hati.

*****

Pagi Isnin yang dingin.Usai kuliah pertama pagi itu,kaki melangkah ke cafe.Masih ada baki 5 jam sebelum bermula kuliah seterusnya.

"Kau mahu ke mana selepas ni?",sambil roti dicicah humus,Jamal bertanya.

"Ke library.Ini saja waktuku untuk belajar",ringkas jawapanku.

*****
Kepada yang menempah buku,sila datang ke rumah untuk mengambilnya.

Butang send ditekan.Email ke yahoo-group selamat dihantar.Detik itu,tinggal 6 hari sebelum menjelangnya peperiksaan.

"6 hari.Sungguh,waktu itu laju meninggalkanku.".Lampu dipadam.Jam 10 malam,Khamis.

Jumaat,seawal 3 pagi,aku bangkit.Hari ini akan diisi dengan menyertai program anjuran persatuan.Alhamdulillah,satu ilmu baru kuperoleh.

Hari seterusnya,Sabtu.

"Qim,boleh aku pinta kau hantar buku aku yang kau pinjam,aku perlukannya."

"Aku pergi rumah kau.Tapi tak dapat ambil buku?"

Skrin laptop penuh dengan mesej ringkas yahoo messenger sekaligus mengatakan hari ini ialah hari melaksanakan tanggungjawab.

"Ya Allah,aku merancang untuk study,tapi Kau merancang sebaliknya untuk aku"

4 hari lagi tinggal untuk menghadapi imtihan awal.Langkahku laju.Menuju rumah sahabat-sahabat.Ku sampaikan buku tersebut.Sambil hati memujuk,"Aku yakin.Allah akan permudahkan urusan exam aku sebagaimana aku memudahkan urusan sahabatku".

*****
Hari yang ditunggu.Aku tidak yakin.Masakan tidak,buku diselak 2 hari sebelum hari imtihan.
Sistem universiti yang menyediakan peperiksaan secara on-line juga menambah kerisauan.Tambahan pula,aku tidak tahu ratio soalan dan masa yang diperuntukkan untuk imtihan kali ini.

Butang submit ditekan.Setelah 2 kali menyemak jawapan.Setelah tidak putus berdoa.Mungkin sahaja penjaga makmal komputer pelik melihat mulutku yang terkumat-kamit.Gaya seperti tok bomoh barangkali?Saat itu,masa berbaki 10 minit.

"Alhamdulillah!"

*****