Sunday, June 26, 2011

Catatan : Few Days Remaining

Alhamdulillah.Percutian sebulan di Malaysia kali ini berlainan coraknya.Hari-hari terakhir sebelum berangkat ke Jordan,hati pun rasa sayu[ eceh..feeling..]. Kenapa cuti ni lain coraknya? haaa..meh nak citer..

Alkisah bermula semasa perjalanan pulang dari Jordan.Kali ni pengalaman naik flight lompat-lompat memang yang terbaik. Bertemankan Cik N , perjalanan kami mengambil masa hampir 3 hari. Dari Jordan ke Dubai satu malam.Dari Dubai ke Sri Lanka satu malam lagi. Dari Sri Lanka ke KL seterusnya KB. hehe. Alang-alang balik ke Malaysia katakan,kami singgah la minum2 kopi dulu. Masih ingat lagi kata-kata pakcik travel agent kat Dubai bila tahu pasal route kami tu, " You are crazy girls..both of you".Adui pakcik,memang kami agak crazy masa tu sebab kami baru habis 10 paper final [ 3 minggu exam - tidur 4 jam sehari - makan apa yg ada ].

Sampai sahaja di KB, berkebetulan semasa cuti sekolah. Wah,adik-adik semua ada kat rumah.Apa lagi,buli laa..heeeee..Seriously, kepenatan otak masih terasa. Memang tido adalah solusi kali ini. Kemudahan intenet pula agak t'batas,jadi Facebook buat pertama kalinya diabaikan. Apa-apa pun, checklist makanan yang diidamkan semuanya berjaya dimakan. Mak kata " Balik dari Jordan kurus kering,duk seminggu kat rumah dah gemok daaaa".

Sememangnya cuti kali ini,masa dimanfaatkan di rumah sahaja. Kawan-kawan tak dikontek. Keluar dengan famili sahaja. Sehinggalah tarikh untuk turun ke KL atas urusan kerja tiba.

Tarikh yang dirancang ke KL 18-22 jun diubah saat-saat akhir kepada 21-24 jun. Ke KL tak lain tak bukan bersama Cik S. Ini kali pertama mak ayah bagi izin keluar dengan kawan sejauh ke KL.ha2. I'm not a pampered girl,but my parent love me too much..lalala.

Kami berdua b'tolak ke KL pagi 21hb.Sebab dah lama tak naik bas di Malaysia,agak shock tengok kerusi ala-ala flight business class dalam bas Sani. Alhamdulillah,selamat sampai around 6 pm di PUTRA. Sesampainya di PUTRA, kami mengambil KTM ke Batu Tiga. First time buat diri sendiri naik KTM.

Malam itu,kami bermalam di rumah mak angkat kami berdua di Bukit Jelutong.Sebulan lebih perkenalan di facebook,tapi jalinan dan ikatan terasa erat. Rasa macam dah lama kenal. Seriously,rindu dengan ummi.Terima kasih ummi atas p'tolongan and kata-kata guideline dari ummi. (^_^)Y

Rasa nak taip panjang2 lagi.

Tapi takda mood dah. Memikirkan barang-barang belum siap and kena packing. Pening jugak dengan pencarian gigi susu untuk praktikal . Duk fikir dan terbayang suasana klinik,kena jumpa patient..aaaaaa..dan fikir hal kehidupan yang lain. Apa-apa pun,semoga semua yang direncanakan mendapat petunjuk dan jagaanNya. Hati jangan putus-putus berdoa. Sebab Dia sentiasa ada. sobs.~

Saturday, March 19, 2011

Jordan : Tempat-tempat Utama

Petra

Terletak kira-kira 262 kilometer ke selatan Amman-ibu negara Jordan. Petra merupakan kota kaum Nabatean yang menetap di Jordan 2000 tahun yang lalu. Binaan yang besar digabungkan dengan seni-ukiran yang sangat halus, antara sebab Petra dikagumi dan menjadi tumpuan pelancong luar ke Jordan. Kini, Petra merupakan kota warisan yang dipelihara oleh UNESCO dan pernah tersenarai dalam “7 Wonders of the World”.

Jerash

Dikenali dengan nama lama sebagai Gerasa, kota Jerash merupakan kota lama Yunani-Rom yang masih terpelihara hingga hari ini. Merupakan salah satu dari dekapolis kerajaan Rom yang berada di luar Itali dan pernah bernaung di bawah taklukan Kristian dan khilafah Islam.Berusia hampir 6500 tahun, kota ini masih lengkap dengan ciri-ciri urbanisme kerajaan Rom yang terdiri daripada teater,tempat mandi awam,kuil Zeus dan Artermis.

Ma’rakah Yarmouk

Tempat berlakunya peperangan Yarmouk,antara kerajaan Byzantine Rom dan Islam. Lokasi peperangan yang berbekalkan sumber air yang terhad, menjadikan Perang Yarmouk antara peperangan yang sengit dalam sejarah. Tugu pedang Khalid-Alwalid didirikan di Ma’rakah Yarmouk sebagai mercu tanda kemenangan Islam.

Umm Qays

Terletak 110 kilometer ke utara Amman dan dikenali dengan nama Gadara,kota ini juga merupakan tinggalan kota Yunani-Rom. Di zaman kegemilangannya, ia menjadi jalan perdagangan yang menghubungkan Syria dan Palestin. Dari jauh, dapat dilihat Tasik Tobari dan Bukit Golan yang menjadi perebutan 3 buah negara iaitu Jordan,Syria dan Israel.

Mu’tah

Bumi Syuhada’ yang menjadi saksi berlakunya Perang Mu’tah pada tahun 8 hijrah. Menempatkan 3 maqam panglima yang syahid iaitu Zaid ibn Harithah, Jaafar ibn Abi Talib dan Abdullah ibn Rawahah. Tidak ketinggalan, Karak Castle yang dibina oleh tentera Salib dan seterusnya ditakluk oleh Salahudin Al-Ayyubi.

Wadi Rum

Popular dengan gelaran “The Valley of the Moon”, merupakan wadi terbesar di Jordan. Keindahan pepasir dan batu granit yang terbentuk daripada proses luluhawa serta pemandangan gurun yang menakjubkan,merupakan sebab wadi ini pernah menjadi lokasi penggambaran filem Transformers, Star Wars dan iklan Benson & Hedges. Wadi Rum juga merupakan tempat berlakunya Revolusi Arab pada zaman kejatuhan khilafah Uthmaniyah.

Laut Mati

Berada 397 meter di bawah paras air laut, Laut Mati ialah kawasan terendah di dunia. Keluasan sebanyak 67km panjang dan 18km lebar serta tahap kemasinan air 8 kali berbanding air laut biasa, Laut Mati membuktikan kebenaran ayat Al-Quran mengenai bala Allah terhadap kaum Sodom (kaum Nabi Lut) di atas maksiat yang mereka lakukan kira-kira 3900 tahun dahulu.


Nota :

1. Fakta dipetik dari wikipedia dan Jordan Tourism Site

Saturday, February 5, 2011

Catatan : 16 hari di Mesir




Alhamdulillah.

Hari ini,masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifah dalam keadaan aman dan selamat.Syukur atas kurniaan dan kasih sayangNya yang tidak terbatas.Segala puji buatNya yang mengikat hati-hati kami dengan ikatan Islam dan iman.

Jelajah Mesir

10 hari pertama di Mesir diisi dengan aktiviti ziarah dan jelajah.Rombongan trip kali ini seramai 11 orang dan kami berpeluang melawat Kaherah,Fayoum,Dumyat,Iskandariah,Sinai,Dahab,Taba dan Tanta.

Terima kasih buat pihak travel yang menguruskan perjalanan kami di sana.Tak dilupakan,ucapan terima kasih buat musyrif (Ustaz Faroaq,Ustaz Amin,Ustaz Hakim) yang menemani dan banyak bersabar dengan kerenah kami( minum asir hari2,jadi jurubahasa,cari makanan melayu dll).

Ingatan dan penghargaan juga ditujukan buat pihak Perubatan Cawangan Tanta dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta atas layanan dan kerjasama padu dalam membantu kami sepanjang berada sana dan menguruskan 2 program ( Ramah Mesra Pelajar Dentist dan Let Share The Smile).Kemesraan kalian dan pengorbanan menyambut kami pada jam 2 pagi sangat kami hargai.Semoga ukhuwwah yang dijalinkan membawa kita sama-sama ke jannah,InsyaAllah.

Kronologi Terkandas

Mengikut perancangan,baki 6 hari selepas tamat trip diisi dengan menziarahi rakan-rakan, menghabiskan saki-baki genih yang ada di sekitar Cairo,meneruskan misi mencari kueteow goreng,jalan-jalan melawat sepupu di Zaqziq dan berehat-rehat minum asir di Hayyu Asyir.

Tapi,sebaik-baik penentuan itu dariNya.

Setibanya di Cairo pada 28/1,rusuhan bermula secara besar-besaran selepas solat Jumaat.Mula-mula tak cuak lagi,tapi bila internet dan line handphone tak berfungsi,hati mana tak kecut.Nasib baik ada kedai asir,boleh sejukkan hati sikit dengan minum asob.

29/1 - Mengharapkan keadaan masih terkawal,bertemankan seorang musyrif,kami(wawa,irah,bell,bib,izzati,afiqah dan wiah) keluar ke sekitar Cairo(ke Asfour dan Bazar Khan Khalili) dengan pengakutan awam(bas dan metro).Tapi jangkaan kami meleset.Setibanya di kawasan Khan Khalili,tauke-tauke dah mula gelabah nak tutup kedai.Hari itu jugak,dapat lihat kereta kebal lalu tepi jalan.Dengan segera,kami mengambil keputusan pulang ke kediaman rakan di Abasiyah.Sebelum pulang,kami bergerak ke ARMA untuk makan tengahari.Setibanya di ARMA,kami dimaklumkan perintah berkurung diawalkan.Atas nasihat musyrif dan bantuan warden,kami bermalam di ARMA sehelai sepinggang(oh tidak...inilah kali pertama berus gigi dengan jari).

30/1 - Selepas syura,keputusan diambil untuk terus berlindung di ARMA dan memindahkan beg-beg dari Abasiyah.Kerana keadaan yang tidak selamat untuk keluar beramai-ramai,hanya 2 dari kami ke Abasiyah(bertemankan 2 musyrif).Al-maklum,beg-beg akhawat setiap seorang minimum bilangannya adalah 2.Kesukaran mendapatkan pengangkutan,beg-beg dipindahkan dengan lori daging(isk3..).Bermula hari itu juga,keluarga di Malaysia menghubungi kami semua.Dan malam itu,kali pertama dalam hidup buat saya mendengar bunyi tembakan.Tidur tidak lagi lena.Apa yang difikirkan hanyalah doa agar diredhai mak ayah andai nyawa dijemputNya.

31/1 dan 1/2 - Ayah mula menghubungi anaknya hampir setiap hari(hehe..habis RM 100 beli top-up).Begitu juga rakan-rakan di Jordan.2 hari ini juga,atas sebab kekuranagan wang(sorofah tutup),kami ber-6 mengambil keputusan berpuasa.Pengalaman bersahur dengan megi dikongsi 6 orang akan diingati sehingga akhir hayat!. ARMA mula banjir dengan perpindahan pelajar dari kawasan bahaya.Bilik sederhana besar kini memuatkan 15 orang ahli.Koperasi ARMA mula diserbu,masing-masing bersedia untuk stok bekalan makanan.Kafe juga mula menyatukan lauk dan ditetapkan waktu untuk membeli.

2/2 - Sekali lagi,selepas di-syurakan,kami ber-6 mengambil keputusan meredah Cairo Intenational Airport dan tidak mengikuti program evakuasi ke Jeddah.Kali ini pengalaman bermalam di-airport dapat dirasai.Agak sesak,tapi masih ada kerusi untuk diganti katil.Syif tidur bergilir-gilir ditetapkan untuk menjaga keselamatan bekalan makanan dan beg.

3/2 - Flight yang dijadualkan pada 8.30 pagi ditunda.Sarapan?bekalan roti berintikan telur rebus perisa perencah megi menjadi santapan.Alhamdulillah,bantuan makanan juga tiba dari pihak PMRAM dan Embassy.Terima kasih!.Selepas bersabar,menenangkan hati menunggu giliran dan berebut di pintu masuk dengan beg dan troli.Sekitar jam 4.45 petang,kami selamat berlepas!Terima kasih murakib,Abd. Rahman Al-Urduni!

Friday, July 2, 2010

Catatan : Belajar

Alhamdulillah atas nikmat masa yang dikurniakanNya.Setelah hampir 2 minggu,cuti pertengahan semester kini tinggal sehari untuk 'dinikmati'.

Cuti kali ini agak berbeza.Jadual tidak terlalu padat,tidak terhad pada 1 aktiviti sahaja.

Masa yang terluang juga dimanfaatkan dari pelbagai aspek di bawah satu tema : BELAJAR!

Menjadi tourist guide :
Pengalaman yang paling berharga!Membawa 4 sahabat dari Moscow menjelajah bumi Jordan dan Syria.
Hari pertama dimulakan dengan lawatan ke Mukhayyam Palestin,tinggalan Kota Rom di Jerash dan Ma'rikah Yarmouk.Siapa sangka,pada hari matahari memancar terik dengan suhu mencecah 34 darjah,kami bersiar-siar di sekitar Jordan.Apa yang best?Haa..

1)Mengasah bahasa Arab dengan cara bersembang dengan driver van.Sedikit sebanyak,tatabahasa yang agak berterabur dapat dibetulkan.Adakalanya,pakcik driver menggunakan bahasa 'arab fushah(bila dia tengok muka kami berkerut).
2)Hargai sejarah.Menghargai tidak cukup dengan hanya mengetahui fakta sejarah,tapi output yang kita boleh ambil untuk membina diri!

mukhayam palestin-jerash-ma'rikah yarmouk

Hari kedua dan ketiga.Penjelajahan ke bumi Syria.Ditemani oleh Cik S.Ini adalah kali ke-5 saya menjejakkan kaki ke Syria(lebih spesifik-Damsyiq).Dengan kata lain,perancangan perjalanan kali ini berdasarkan pengalaman sedia ada (bajet,pengangkutan dan keselamatan).Alhamdulillah,permusafiran kali ini dipermudahkanNya.Kami ditemukan dengan beberapa pelajar Malaysia di sana,dan segala urusan cukup sempurna!Terima kasih (^_^)


damsyiq

Masa untuk membina :
Cuti kali ini juga menyaksikan kedatangan delegasi dari Kelantan(Speaker Dewan Undangan Negeri dan ADUN Pasir Tumboh)Bagi saya,ini kali pertama bertemu dan menguruskan VIP.Entah berapa kali terdetik perkataan "Oooo..gini.." di hati.

Mengutip mutiara kata dari 2 pemimpin tersebut,apa yang dapat saya simpulkan :

Kita adalah golongan harapan dalam menyembuhkan penyakit[baca : masalah] dalam masyarakat.Tanggungjawab dan amanah besar ini terletak di setiap bahu pemuda pemudi Islam.

Apa yang kita boleh buat sepanjang bergelar pelajar?

BINA diri!

Tugasan akhir :
Sesi kepimpinan 2009/2010 kian hampir berakhir.Setahun.Tempoh yang agak lama andai dinilai dari segi kerja-kerja yang menekan diri.Tapi setahun juga tempoh yang sangat singkat jikalau dilihat dari aspek mendidik jiwa.

Setahun
aku kenal apa beza laporan dan minit mesyuarat
Setahun
aku faham erti kepuasan hati apabila hasil kerja siap sempurna
Setahun
aku disisi rakan kerja yang saling menyokong dan memberi semangat
Setahun
aku hargai masa yang menghimpit
Setahun