Alhamdulillah,hati sangat tenang,lapang,rasa nak senyum 24 jam,boleh makan dengan tenang,otak pun lengang,boleh rancang macam-macam.Dengan kata lain,hidup kembali normal.
Mana taknye..malam semalam rekod tidur paling pendek tercipta [4 jam] sebab baca buku.Daya ketahanan mata tersebut dicapai gara-gara minum kopi dan teh.Dapat aku rasakan,keadaan terhuyung-hayang sambil berjalan.Setelah tamat exam,ada 1 kuliah yg perlu dihadiri.Aku cuba bertahan.Tapi mata dah tak terbuka sehinggalah Dr.Khalil menyebut "Malaysian student...." Haaa..kerusi pula kat tengah-tengah..Cuak,berdebar,malu semua ada..huhu..
Berkebetulan,PERMAI menyajikan program yang istimewa malam ni.Bagus.Akhirnya,dapat juga menghadirkan diri ke program PERMAI setelah banyak kali terpaksa 'escape' gara-gara exam.Semestinya,banyak perancangan yang berlegar-legar di ruang fikiran untuk mengisi cuti 5 hari ini.Semoga dipermudahkan~
Dan 2 hari lagi,tiba pula Hari Raya Eidul Adha yang dinanti-nantikan.Semestinya,raya korban kali ini,disambut bersama-sama rakan seperjuangan di bumi Jordan ini.Bagi pendapat diri,sambutan raya korban di sini jauh lebih meriah.Salah satu faktor ialah,kami akan sama-sama bergotong-royong dalam usaha melapah dan lain-lain.Kalau di Malaysia,setakat ini,tak berpeluang lagi pegang pisau untuk potong daging[mak takut nak bagi ke?takut tersilap kot..huhuu..].Kalau kat Malaysia,antara kerja yg pernah dibuat ialah agih daging ke rumah kawasan kejiranan .Pernah le 2-3 kali.
Semoga segala urusan AJK Pelaksana Sambutan Hari Eid Adha dipermudahkan.Sama-sama kita singkap erti pengorbanan.~
Btw : Ceramah "Cinta biar seribu,matlamat biar satu" oleh Ust.Wan Yusrizal td mmg best.Semoga sama-sama mendapat manfaat dan mengamalkan apa yg kita dapat hari ni.~
Check list cuti :
~Telefon Malaysia Hari Eid
~program PERMAI
~refresh iman,satukan fikrah
~menormalkan keadaan hidup
~KMKJ
No comments:
Post a Comment