Saturday, July 4, 2009

Hari ni 4 Julai

Hari ni 4 Julai,masih berbaki beberapa jam sebelum tamatnya cuti antara Sem.Cuti 2 minggu,ku wujud di bumi Jordan.Berehat-rehat?menggoyangkan kaki?sama sekali TIDAKK.Sekali fikir,rasa macam lama je 14 hari tanpa sebarang aktiviti.Tapi itu hanyalah angan-angan semata.huhu..

Permulaan cuti,daku menemani seorang teman ke Mu'tah,kira-kira 5 jam perjalanan dari Irbid.Kali ni,perjalanan dikira agak smooth..eceh..Di Mu'tah,kami bermalam di rumah saudari Farah.Sempat juga ziarah rumah kakak-kakak kesayangan di Bayt Sejati.Dan sempat juga shopping di Karak[kat sana jubah lawa tauu].Tq buat semua yg menemani dan melayan kerenah kami berdua sepanjang 2 hari di sana.Masih teringat hab falafil depan rumah Farah,sebelah kedai Hamzah tu..huhu..dari pukul 6 pagi,aku mengintai pakcik kedai tu buat hab falafil..teringin punye pasal.

Sekembalinya ke Irbid,hari-hari seterusnya terisi dengan aktiviti mengemas rumah baru n lama.Untuk rumah baru,setiap hari kena keluar.Bermula hari memasang karpet,membeli perabot n etc.Ku kira ini pengalaman baru sebab ini kali pertama aku pindah ke sebuah rumah yg kosong[ghair mafrush].Untuk rumah lama pula,satu cabaran lagi dihadapi.Mengemas pakaian,buku-buku,nota-nota n etc.Lepas habis kemas,bawa kesemua barang-barang tersebut turun dari tingkat 2 ke bawah.

Di hari memunggah kesemua barang tersebut,aku dan 2 housemate,merasai dan menikmati kepenatan dan kelaparan yang amat.Sampai ada yg terketar-ketar sebab lapar+letih.Apa-apa pun,itu satu pengalaman.Dan syukur sekali,semuanya sudah selesai.Terima kasih diucapkan kepada pihak PERMAI yang menguruskan proses pemindahan kami.Permai Sentiasa Di Hati.Dalam masa seminggu,rumah baru dikemas,bilik juga berwajah baru.Satu kepuasan.

Minggu seterusnya,aku dan ahli bayt mula sibuk dengan tanggungjawab masing-masing.Terlibat dengan kem,memenuhi taklifan menguruskan program,menghadiri mesyuarat dan membalut hadiah dan cenderahati.Setiap hari juga kami bertiga keluar..hehe..Tahniah buat AJK pelaksana program Malam Sulaman Kasih[MASYUK].Program yang dianjurkan pihak Helwi PERMAI untuk kakak-kakak kesayangan kami yang khirij.

Untuk sekian kalinya,cuti kali ini banyak pengalaman baru dilalui.Cuti kali ini juga kukira paling memenatkan.Waktu tidur pun dah berpusing-pusing.Tambahan pula,musim panas di sini menjanjikan waktu malam yang pendek.Isya pukul 9 lebih dan Subuh pukul 3 lebih.huhu.

Esok,tanggal 5 Julai,genap 45tahun usia bonda kesayangan di tanah air.Semoga mak sihat sokmo,hepi sokmo.hehe..Hadiah nanti Wa kelik dulu..i love you always..

Esok juga bermulanya semester musim panas di JUST.Semoga ianya bermula dan berakhir dengan tenang dan najah.Tak sabar nak habiskan tahun 2 dan seterusnya pulang ke Malaysia 3 September 2009.hehe..[asyik kira hari dah ni.homesick dah tiba]

~kata seorang ukhti.."Kalau kita sentiasa sibuk dengan perkara-perkara baik,itu juga tanda Allah sayang kat kita.Sebab waktu lapang selain menjadi nikmat,ianya juga satu ujian yang boleh jadi melalaikan kita dariNya."

~Jadi,14 hari yang sarat dengan aktiviti sangat kuhargai.Semoga 14 hari yang telah ditempuhi ada nilai disisiNya.AAmin..

Saturday, May 30, 2009

aku rindu kamu


Di tengah-tengah kekalutan nak hadapi final exam,tiba-tiba otak terfikir-fikir pasal cadangan nak wat reunion n gathering 5 Science 1??

hurm..tiadalah dapat aku memberi idea yg realistik macam mana nak kumpulkan kita semua balik pada 1 majlis..bak kata Husna..susah le kalau nak depend kat ex-raidah n ex-naibah kamu yg jauh ini..huhuhu..sebabnya,kalau nak buat perancangan rapi pun,kami tiada di Malaysia.maafkan kami..huhu..

tapi jauh di sudut hati,besar harapan aku letakkan pada rancangan nak wat reunion ni..alangkah manisnya kalau kita dapat bersua-muka balik..rata-rata dari kita,hanya berhubung di alam maya je[blog,friendster n YM]..and as for me,it's not enough bcoz i really miss all of you..

last kita gathered 1 kelas ialah time lunch kat chinese restaurant,right?masih ingat muka-muka yg dtg dgn wajah berseri semuanya..ye la...baru habis exam SPM..merdeka yer?hehe

rindu betul kamu semua...
setahun bersama berjuang dalam 1 kelas..segala masam manis pahit masin kita sama-sama rasa yer?dan memang kelas kita yang paling pelik buat tahun 2006?
how come 5 science 1 ialah kelas paling bising antara 6 kelas di bangunan B?
dan naibahnye sentiasa tiada dalam kelas?[di sini saya membuat pengakuan dan minta maaf..it's a bad side of me,sorry]..
kat cini,di uploadkan gambar kite2 zaman muda-muda dulu..hehe..
yelah,all of us dah nak masuk 20@21 kan?


hopefully,our reunion will be a reality..
really miss all of you..
doakan kami ex-5Sc1 di Jordan ni najah for this coming final exam..






Thursday, April 30, 2009

EXAM

5 May : Head & Neck Anatomy (2nd exam)

9 May : Pathophysiology (2nd exam)

FINAL EXAMINATION FOR 2nd SEMESTER 2nd YEAR DENTISTRY

6 June : Oral histology

8 June : Dental Anatomy & Occlusion

9 June : Cariology

10 June : Oral Physiology

11 June : Head and Neck Anatomy

13 June : Pathophysiology

15 June : Microbiology




~~saje nak letak..Ct pon letak tarikh jugak...haha...tiru cik Ct~~

~~confirm jadi 'cincau' lepas final exam ni..tapi..

  • tak kesah..
  • Be positive
  • Just put total effort,and take it easy
  • Realiti depan mata,takkan nak lari??Rempuh!

Ayah pesan :
  • "Biaso la tu,tahun 2 nga tahun 3 penat sikit..ayoh mulo pun gitu.."(masa tahun 2)
  • "I had always believed you would get through"(masa tahun 1)
  • "You had always been our pride and joy"(masa anniversary ayah mak tahun lepas)
  • "Jaga solat"(sebelum fly,31 August 2007)

CT kata :
  • "Excellent is a reward 4 our concerted attempts, while the failure is the catalyst to make us work harder."
  • Ujian bukan bebanan.Tapi kayu ukur setakat mana ilmu yg kita dapat.Kalau berjaya,jgn la alpa.Jika kita gagal,jgn la kecewa.


Una bagi quote :
i'm here because of Allah
i'm here because of Islam
i'm here because of my parents
i must be a good muslim
i must try my best
i must success in my study

Aku sendiri bagi semangat :

  • Just try first,then you'll find the truth
  • Bukan senang nak jadi senang,bukan susah nak jadi susah
  • Ujian satu cara mematangkan diri yg belum tumbuh 3rd Molar(gigi bongsu)
  • Belajar elok2..its ur responsibility..besides,tahun boleh balik raya..hihi

Thursday, February 26, 2009

qa-la-mun

Al-kisah suatu petang yang hening lagi aman,aku meluangkan masa menyusun pen dan alatan tulis yang bertaburan di atas meja study.Satu-persatu aku kutip dan letak ke dalam 3 bekas yang berbeza.Seperti biasa,di samping mengutip pen tersebut,aku akan membebel terhadap diri sendiri,mengelamun atau bercakap sendirian[ini normal]

Diri 1 : cik wawe,kenapa diasingkan pen-pen ni?tiada kerja lain??

Diri 2 : ooo..pen ni kena/mesti/la budda diletakkan mengikut darjat.

Diri 1 : pen pun ada darjat??

Diri 2 : yup..bekas 1,untuk pen-pen yang lawa,berwarna-warni dan paling selesa digunakan.Bekas 2,untuk pen yang tidak cukup sifat dan menyakitkan hati[tiada penutup dll].Bekas 3,untuk pen yang klasik,zaman rock-rock dulu dan digunakan dari sekolah menengah.

Diri 1 : Macam tiada faedah je kerja asingkan pen ni.Apalah salah diletakkan dalam 1 bekas sahaja?

Diri 2 : Yang elok kena berada di kalangan yang elok,yang buruk berada di kalangan yang buruk.

Diri 1 : Jadi,orang yang baik hanya sesuai dan perlu berada di kalangan yang baik dan begitulah sebaliknya?Bukankah kalau yang baik itu bercampur dan berada di mana-mana,itu akan menyeimbangkan keadaan?

Diri 2 : alamak!

~mahukah "pen-pen" tersebut berada di dalam bekas yang sama?~