Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Friday, January 8, 2010

Cerpen : Islah Seorang Pengembara

"Place the composite incrementally.Each layer should not exceed 2 milimetres",suara Dr.Ghada memecah konsentrasi warga makmal.Setiap pancaindera mula mengalih perhatian.Sebagai penilai utama hasil kerja,tips yang disampaikan oleh beliau amat penting untuk dipraktikkan.

Makmal kembali riuh-rendah.Dengan fasiliti yang ada,makmal pergigian di bangunan D3 mampu memuatkan 40 orang pelajar pada setiap sesi praktikal.Di makmal yang sederhana,para penuntut diajar mengenali alatan-alatan pergigian dan cara penggunaan yang betul.Bagi yang memerhati,makmal ini punya seribu erti kerana warna-warni suasananya.


Masa yang diberi masih berbaki 10 minit.Enamel Hatchet dicapai pantas.Terdapat sedikit kekurangan perlu diperbaiki.Tugasan kali ini agak kompleks.Class 4 restoration with composite.Mengembalikan rupa asal gigi kacip atas yang patah atau rosak disebabkan trauma.Bukan mudah.Elemen estetika sangat penting.Kekemasan kerja juga diambil kira.Pendek kata,hasil tangan seorang doktor gigi itu perlu fast and smart!.

"Mus..Senyum tak henti nampaknya.Markah penuh macam biasa la tu",sapaan dari belakang mematikan lamunan.Safir.Teman seperjuangan di bumi Urdun yang tidak lekang dari mengusik rakan-rakan.


"Perli ke puji?",balas Muslih ringkas.

"Jom ke Mat'am Mahmood.Dapat maqlubah satu wajbah pun sedap ni.Aku belanja.Tapi sebelum tu,kita singgah solat di masjid dulu.Jom?",pantas Safir memanjangkan bicara.Sambil tangan sibuk memasukkan dental instruments ke dalam kotak.

"Aku sibuk la Saf.Maaf ya.Malam ni kena siapkan minit mesyuarat.Kalau nak belanja,bawak balik rumah aja lah.."

~~~~~~~~~~

Safir termenung jauh.Adakalanya buntu memikirkan perihal Muslih.Ini bukan pertama kali ajakannya ditolak mentah.Muslih bukan lagi kanak-kanak kecil.Barangkali sudah immune dengan jerat habuan yang dipasang Safir.Dia sudah mengerti,ajakan Safir ada agendanya tersendiri.Ada sahaja alasan yang diberi untuk mengelak.

Muslih bukan orang asing dalam kamus hidup Safir.Teman serumah sudah hampir 3 tahun.Sederhana tegap,hitam manis orangnya.Pemuda yang berasal dari negeri Serambi Mekah itu seringkali menjadi rujukan sahabat-sahabat dalam hal akademik.Pendiam.Tapi ada wawasan.Pemegang anugerah Tokoh Pelajar Contoh itu juga disenangi ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia di sini.

Tapi,setiap makhluk itu ada kekurangannya.Samada kekurangan itu diberi sebagai ujian untuk diatasi atau diambil iktibar.Muslih juga tidak terkecuali.

"Ini ujian kami bersama.Aku tidak sesekali akan tinggalkan dia.Kekurangannya boleh dibaiki.Aku yakin dia juga termasuk dalam kalangan hambaMu yang soleh suatu hari nanti.Aku tahu kemampuannya untuk sujud padaMu!",satu tekad disemat dalam hati.Doa pada Yang Maha Kuasa tidak putus.Hanya satu pinta Safir.Semoga sahabatnya menjadi seorang khalifah berjiwa hamba.

~~~~~~~~~~
12 malam.Jam dirasa berdetik laju.Sudah beberapa hari jadualnya penuh.Penat dan lesu.Badan yang perlukan stamina direbahkan.Sel dan otot perlukan rehat.Sebelum terlelap,otak Muslih ligat mengingat tugasan yang berjaya disempurnakan.Nota akademik,laporan makmal,data ahli persatuan dan minit mesyuarat.Satu-persatu disemak dengan bayangan di minda.Semuanya siap.Hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada yang berhak.Namun,seakan ada rasa ketidakpuasan.Masih kosong.Tidak ada ketenangan hati dikecapi.

"Do it carefully.The canine is like your prayer.Place it at the right position,unless you'll lost your guideway to have a good curvature"



"Nabi Isa diuji dengan ujian kemiskinan.Nabi Ayyub ditarik nikmat kesihatan.Nabi Sulaiman punya kerajaan yang luas.Nabi Ibrahim pula dengan ujian perpisahan dan pengorbanan.Nabi Muhammad A.S diberi tugas paling berat.Mereka ada posisi masing-masing tapi istiqamah berdiri sebagai seorang 'abid setiap hari"

Terngiang-ngiang kata Dr.Esam yang diucap dalam kuliah pagi tadi.Diselangi amanat ayah sebelum berangkat ke Jordan.


"Ah..biarkan",getus hati Muslih.Ego.


~~~~~~~~~~

"Mus..semalam Cheon ada tanya Am.Lepas tu Am tanya Mat.Mat pula tanya aku.Kali ni aku nak tanya kau pula.Boleh ye?",bicara Safir sambil tersengih.Ada sahaja lawak songsangnya.Memecah dingin pagi Jumaat dengan hilai-tawa.

"Ha..panjang muqadimahnya.Tak mahu bagi pengenalan soalan pulak ke?Kategori apa,susah ke senang?tanya lah.Nanti aku buat laporan kajian kau lepas ni",respon mesra diberi Muslih.Sambil menghirup kopi bujang.Pahit.

"Antara Kristian,Budha dan Islam.Mana yang terbaik?",Safir melontarkan soalan.

"Ini soal akidah Saf.Jangan dibuat main.Tentulah Islam.100 peratus Islam jawapanku.Mahu sebab rasional?Islam agama yang syumul.Sekecil-kecil perkara ada buktinya.Panduannya teguh dan tidak berubah,Al-Quran dan Sunnah.Islam agama yang mengangkat kedudukan wanita.Menghapus kasta yang memecah umat sebelumnya,"jawapan panjang diberi Muslih.Kopi dihirup lagi.

"Kau tahu beza Islam dan kafir?",makin panjang persoalan Safir.

"Apa bezanya?Mengucap dua kalimah syahadah.Kira dah jadi muslim kan?",Muslih mencanang idea.Matanya tajam.Ada sinar ingin tahu.


"ان بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة"
Safir memberi jawapan.Sepotong hadis penuh maksud tersirat.Sepotong ayat yang diharapkan dapat menyentuh hati seorang teman.
~~~~~~~~~
 "Dr.Mus..ayuh..jemaah dah lengkap",sapaan Pak Hamid dari belakang mematikan lamunan.Imbauan memori 15 tahun lalu terhenti. "Safir,semoga Allah merahmatimu.Kembara islahmu berteman.Bukan individual.Terima kasih",bisik hati kecil Muslih.Kaki menuju mengisi barisan jemaah dengan hati yang sebak.Tangan diangkat.Takbir dilafaz.Menunaikan hak terakhir ke atas saudara seakidah.


Glosari :
1.Composite : salah satu bahan yang diguna untuk membaiki kekurangan pada gigi
2.Enamel Hatchet : salah satu alatan pergigian
3.Canine : Gigi taring
4.Curvature : lengkungan

Saturday, January 2, 2010

Teknik : Simple Method




Salam..
Baru dapat teknik untuk save screen ke dalam bentuk JPG/GIF dan lain-lain.

Bagaimana?

1.Cari butang Print Screen atau PrtSc
2.Tekan Ctrl dan PrtSc serentak
3.Buka Microsoft Powerpoint/Paint atau yang sewaktu dengannya
4.Tekan Ctrl+v atau dengan kata lain "Paste"
5.Save ke dalam format picture seperti JPEG/GIF



p/s :

~Teknik biasa sahaja.Saya budak baru kenal teknologi.

~Tangan masih gatal dan merah.Sudah beberapa hari tidur tidak nyenyak.Nampaknya Histamine berfungsi dengan baik dan memberi kesan itchy yang cukup hebat.Apakah epidermis layer pada kulit tangan makin menipis atas sebab digaru tidak henti?

~Syukran buat KakNik yg temankan Wawa ke Markaz Sihhi..Tak lupa kawan-kawan yang memberi khidmat nasihat dan sokongan mental.

~Balik dari Markaz Sihhi,dengan penuh kejam,saya meng-clorox dinding bilik yang dipenuhi kulat.Semua pakaian juga dibasuh dengan Dettol.Sungguh harum bau clorox itu.huhu.

Wednesday, December 30, 2009

Salam.

Tatkala warga dentist-to-be batch 2007 tengah menghangatkan facebook dengan cadangan-cadangan merealitikan gathering kami hujung minggu ini,saya mengasingkan diri sekejap dan cuba memahami lagu ini.

Tulus dari hati,ini kali pertama tersentuh mendengar lagu dikir barat.Rupanya banyak nilai yang diketengahkan dalam lirik lagu tersebut sehingga menginsafkan diri.

Ini merupakan lagu dikir barat pertama yang saya dengar sepanjang bergelar warga Kelantan.[ayah ambo bekem sikit bab-bab lagu nih..]


~Kita berada di zon selesa,tapi kita tidak menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin.
~Kita sangat selesa,tapi adakalanya lupa mengambil kisah hal sekeliling.Sahabat-sahabat,adik beradik yang memerlukan sokongan kita samada dari segi material atau sokongan mental.
~Hidup seakan lengkap.Sudah ada perancangan 15 tahun kehadapan,tapi semuanya untuk diri sendiri sahaja?Tamat belajar,kerja,kahwin,membesarkan anak-anak sehingga mereka berjaya seterusnya kita mati?
~Jasa guru,ayah dan emak tidak dapat dibalas.


p/s :
-Aini,rasa semangat untuk buka buku.Terima kasih.
-Ayah n mak : Terima kasih jaga Wa.Tak ternilai jasa mak ayah didik Wa yang HORROR ini.Semoga Wa dapat jadi aset mak ayah yang paling besar di Akhirat nanti.
-Moga program picnic semua dentist dipermudahkan segala urusan.Nak bawa makaroni bakar..hehe
-Tatkala semua merancang side-meal,aku sibuk menguruskan side-work.

Wednesday, December 9, 2009

A perfect day




Salam.

9 Disember 2009.Hari lahir 3 insan istimewa dalam hidup aku.Nabihah(adik),Kak Nik(my lovely sis..),Cikdo(mak sedara).Selamat hari lahir buat semua.Maaf sebab semuanya di-wish hanya melalui SMS.

Dan semua yang di-wish membalas SMS tersebut dengan ayat-ayat yang melambangkan kasih sayang[aku masih angau dan terharu dengan ayat mereka].Macam ada persamaan naluri ketiga-tiga birthday girls hari ini(cewaah..).

~Nabihah :KakWa lah tua.Dah masuk 20 dah dia.Kakak muda lagi.LOVE YOU.Tq.
~ Kak Nik : Ya Allah,KAU hadiahkanlah cinta & kasih sygMu demi memelihara ksjhteraan & kbaikan adikku ini.Krn kutahu hanya KAU yg mampu m'jg dirinya lbh baik drpd diriku.Thanks.
~Cikdo :[yang ini dirahsiakan]

Hari yang happy buat mereka,aku pulak yang terharu dan rasa terlebih kasih sayang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini,rasa rindu kat adik aku juga sangat menebal.[sobs3..].



Nabihah,baby pertama yang aku dukung dan jaga satu ketika dulu,kini dah 11 tahun umurnya.Sekarang ni,tingginya lebih kurang aku,saiz kasut kami pun sama.Beza umur aku dengannya 9 tahun.Antara adik-adik aku,aku paling suka peluk dia sebab dia yang paling wangi[yang lain sila pergi jauh-jauh..especially yang umur 17 tuh].Antara adik-adik aku juga,dia yang paling kerap disakat oleh aku sebab dia cepat menangis[yang lain tak makan saman].Sepanjang bercuti di Malaysia,setiap hari aku mengganggu ketenteraman dia.Dari kes buat-buat marah,berebut tempat makan+gelas dan yang paling teruk ialah menconteng buku latihan dia[sambil membebel,dia akan padam balik..hua3].Setiap hari jugak,dia bermasam muka dan marah aku.Tapi last-last,di KLIA,dia yang peluk aku paling erat...[sobs3]..Bulan lepas,adik aku yang ni jugak,dimasukkan ke hospital sebab lung infection.Alhamdulillah,sekarang ni dah sihat balik dan hanya perlu ke hospital bila ada temujanji sahaja[kalau tak,aku pasti balik Malaysia time cuti raya korban..]..Haih..rindu sangat kat budak ni..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Hidup ini hanya sementara,ibarat burung yang hinggap di dahan..sekejap..dan ia akan terbang..Selamat hari lahir..Moga menjadi hamba yang sentiasa merindui dan dirindui pencipta,dengan tangis memohon taubat kepadaNya,juga diberkati permusafiran ini"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



p/s : Ada sorang tu rindu aku and SMS pukul 5.15 pagi tadi.Ingatkan Cik Aisy nak kejut aku solat subuh,rupanya rindu kat aku..wah3..terharu..aku tujukan nasyid ini untukmu..Click!



Sunday, December 6, 2009

(^_^)

"Jika seseorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah..Justeru,menangislah kerana ketidakmampuan itu"..-Imam AlGhazali-

Terima kasih buat seorang teman(Shuk)yang menghadiahkan book-note ini kepada saya.Walaupun dah lama,ia sungguh bermakna.

Paling kurang,ia mengingatkan diri supaya tidak mengalirkan air mata pada hal yang remeh-temeh[tengah berlatih lagi].

Air mata yg jatuh keranaNya amat berharga dan mampu melindungi diri dari api neraka.

Jom rebut.


P/s: ni link KB mall runtuh

Friday, November 27, 2009

Begedil

Salah satu elemen penting dalam menyediakan soto.Aku berpeluang mempelajari cara-cara membuatnya dari 2 ahli bayt yg tercinta.Al-maklumlah,soto bukan juadah hari raya di Kelantan.Ooh..raya kali ini,tiada menu kelantanese..hehe..terpengaruh dengan orang Ampang le ni..haha..Nak tau cara-cara buat begedil??jom!

Bahan-bahan :

1.Kentang
2.Daging cincang
3.Daun Bawang
4.Daun Sup
4.Lada Sulah
5.Garam
6.Minyak masak(utk goreng)
7.Telur

Cara-cara :

1.Kentang dipotong kecil dan digoreng.
2.Sementara itu,daging cincang dimasak samada dengan cara rebus@letak dalam microwave.
3.Lenyekkan kentang sejurus sahaja selepas digoreng(senang nak hancur).
4.Masukkan daging,daun bawang,daun sup,lada sulah dan garam.
5.Gaul sebati.
6.Bentukkan begedil mengikut saiz favourite anda.
8.Kacau telur dalam bekas berasingan.
9.Salutkan begedil dengan telur sebelum digoreng.


p/s: Sedap dimakan begitu sahaja.hehe..Selamat mencuba!


Hari raya kali ini,rumah dijadikan salah satu tempat takbir.Syukran buat kumpulan syabab Permai yang dtg.
Menerima kunjungan adik-adik mentee.Rumah kami merupakan salah satu rumah mentor.hehe...
Tetamu first yg tekan loceng : Cik Shukriah..hihi..sori Shuk,disebabkan mu n aku dah lamo kenal,mu pon kena join kitorang kat dapor.hehe..

Saturday, May 30, 2009

aku rindu kamu


Di tengah-tengah kekalutan nak hadapi final exam,tiba-tiba otak terfikir-fikir pasal cadangan nak wat reunion n gathering 5 Science 1??

hurm..tiadalah dapat aku memberi idea yg realistik macam mana nak kumpulkan kita semua balik pada 1 majlis..bak kata Husna..susah le kalau nak depend kat ex-raidah n ex-naibah kamu yg jauh ini..huhuhu..sebabnya,kalau nak buat perancangan rapi pun,kami tiada di Malaysia.maafkan kami..huhu..

tapi jauh di sudut hati,besar harapan aku letakkan pada rancangan nak wat reunion ni..alangkah manisnya kalau kita dapat bersua-muka balik..rata-rata dari kita,hanya berhubung di alam maya je[blog,friendster n YM]..and as for me,it's not enough bcoz i really miss all of you..

last kita gathered 1 kelas ialah time lunch kat chinese restaurant,right?masih ingat muka-muka yg dtg dgn wajah berseri semuanya..ye la...baru habis exam SPM..merdeka yer?hehe

rindu betul kamu semua...
setahun bersama berjuang dalam 1 kelas..segala masam manis pahit masin kita sama-sama rasa yer?dan memang kelas kita yang paling pelik buat tahun 2006?
how come 5 science 1 ialah kelas paling bising antara 6 kelas di bangunan B?
dan naibahnye sentiasa tiada dalam kelas?[di sini saya membuat pengakuan dan minta maaf..it's a bad side of me,sorry]..
kat cini,di uploadkan gambar kite2 zaman muda-muda dulu..hehe..
yelah,all of us dah nak masuk 20@21 kan?


hopefully,our reunion will be a reality..
really miss all of you..
doakan kami ex-5Sc1 di Jordan ni najah for this coming final exam..






Saturday, August 2, 2008

.:tak pasti:.

kucuba turuti
kata saudari disisi

ku cuba terangi
yang gelap disudut hati
arus masa ku ikuti
jalan berduri ku jejaki

lantas..
semakin kusedari
mengapa fikrahnya begini
bukan ini yang dicari

terpaku sendiri
merenung kembali
memori sebentar tadi
mana arah kali ini

katanya disisi
cuba kufahami
andai..
mustahil buatku ini
biarkan ia berlalu pergi

daku sendiri
seakan tidak pasti
perlukah mengundur diri

Friday, August 1, 2008

.:buat diri:.

Andai terus kugenggami
Bimbang ianya menikam diri
Di saat waktu terhenti..

Satu-persatu..
Realiti dan ilusi
Ku biarkan pergi
Dibawa sang bayu pagi

Meninggalkan sebuah memori
Tanda angan dan mimpi
Kenangan dunia nan sepi
Hanya Yang Esa mengetahui..

Terus ku susuri denai hidup ini
Terus ku cari lagi..
Menggapai arah untuk dilalui
Pedoman panduan buat hati..
Menongkah arus duniawi
Menuju redha Ilahi