Salam.
Alhamdulillah,dengan izin dan rahmatNya,Majlis Lambaian Aidil Adha anjuran KMKJ berlangsung dengan jayanya di Mafraq.Tahniah buat semua jawatankuasa pelaksana program.Jazakumullah.~
Bertemakan " Ukhuwah Terbina,Pengorbanan Dirasa",saya berpendapat tema tersebut 'hidup' dalam suasana majlis hari ini.
Disini,saya berpeluang mengenali ahli baru dan bersua-muka melepaskan rindu pada sahabat-sahabat dari mantiqah lain.Sebolehnya,niat dihati ialah mahu mengenali kesemua akhawat KMKJ.Paling tidak,dapat memorise nama.Alhamdulillah,hari ini dapat membina tali-tali ukhuwah yang baru dan mengeratkan lagi ukhuwah yang sedia terbina.
Sudah mendapat 'undangan' khas untuk bertandang ke rumah[TQ Najwa.InsyaAllah].Juga ada seorang ukhti yang saya kira baru kenal,minta mendoakan beliau agar dapat mengerjakan umrah tahun depan.Terharu hati.Jawapan saya.."Boleh aje akak saya doa..tapi muraqibnya siapa ye?boleh saya tahu?hehe.."..Maaf ye akak,sengaja mengusik.
Pengisian dan perkongsian dari Al-Fadhil Ustaz dari Mu'tah[lupa nama,maaf dipinta] juga cukup menarik.Tertarik dengan salah satu ayat beliau.Lebih kurang :
"Hidup Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu menggambarkan segalanya tentang pengorbanan.Begitu juga dengan Nabi Muhammad,para sahabat baginda,tabi' tabien..Tanpa pengorbanan baginda dalam menyampaikan Islam,mana mungkin kita dapat berkumpul hari ini?"
Sekali lagi,dapat hadiah cabutan bertuah.Saya kira,ini kali ketiga mendapat cabutan bertuah di program KMKJ.Tahun 1(2007),semasa Family Day di Aqabah.Tahun 2(2008) semasa sambutan Aidil Adha di Mu'tah.Dan kali ini,di Mafraq.Rezeki.Syukur. (^_^)
Terima kasih buat semua yang hadir~
Maaf dipinta kepada adinda Yati,junior saya dari Maahad yang kini di Mu'tah sebab masih belum mengingati nama beliau tiap kali bertemu.Maaf dipinta..hoho..
Alhamdulillah,dengan izin dan rahmatNya,Majlis Lambaian Aidil Adha anjuran KMKJ berlangsung dengan jayanya di Mafraq.Tahniah buat semua jawatankuasa pelaksana program.Jazakumullah.~
Bertemakan " Ukhuwah Terbina,Pengorbanan Dirasa",saya berpendapat tema tersebut 'hidup' dalam suasana majlis hari ini.
Sudah mendapat 'undangan' khas untuk bertandang ke rumah[TQ Najwa.InsyaAllah].Juga ada seorang ukhti yang saya kira baru kenal,minta mendoakan beliau agar dapat mengerjakan umrah tahun depan.Terharu hati.Jawapan saya.."Boleh aje akak saya doa..tapi muraqibnya siapa ye?boleh saya tahu?hehe.."..Maaf ye akak,sengaja mengusik.
Pengisian dan perkongsian dari Al-Fadhil Ustaz dari Mu'tah[lupa nama,maaf dipinta] juga cukup menarik.Tertarik dengan salah satu ayat beliau.Lebih kurang :
"Hidup Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu menggambarkan segalanya tentang pengorbanan.Begitu juga dengan Nabi Muhammad,para sahabat baginda,tabi' tabien..Tanpa pengorbanan baginda dalam menyampaikan Islam,mana mungkin kita dapat berkumpul hari ini?"
Sekali lagi,dapat hadiah cabutan bertuah.Saya kira,ini kali ketiga mendapat cabutan bertuah di program KMKJ.Tahun 1(2007),semasa Family Day di Aqabah.Tahun 2(2008) semasa sambutan Aidil Adha di Mu'tah.Dan kali ini,di Mafraq.Rezeki.Syukur. (^_^)
Moga-moga hati ini sentiasa bersedia untuk sebarang pengorbanan.