Merujuk kepada persoalan yang diutarakan kat halaqah on9(group kat frenster)...disini sy menyatakan pandangan saya..
Assalamualaikum WBT.Semoga roh Islam yang masih bersinar sehingga hari ini terus kekal dijiwa para muslim skalian.Alhamdulillah, buat semua ikhwah dan akhawat kerana kita masih diberi peluang meneguk nikmat iman dan ISLAM.
Persoalan saya disini buat saudari.Apakah maksud ISLAM itu sekadar melaksanakan solat,puasa dan membaca quran?? Persoalan saya kedua,andaikata quran pernah menjadi pegangan saudari,apakah tidak ditemui jawapan utk membersihkan diri dari dosa?
Firman Allah Taala:"Wahai orang-orang yang Beriman,bertaubatlah kamu dengan taubat yang semurni-murninya,mudah2an Tuhan kamu menghapuskan kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir didalamnya sungai..."(AT-TAHRIM,66:8)
Dpt dilihat disini,secara jelas Allah mengajar kita untuk bertaubat bagi membersihkan diri dari noda2 dunia. Apakah itu taubat? Adakah perlu menyalib diri? Adakah perlu berkorban nyawa utk orang lain?
Taubat disisi Islam ialah meninggalkan perbuatan2 dosa,bertekad tidak mengulanginya dan meminta maaf jika ianya melibatkan orang lain(spt mengumpat).Apa yg diajar didalam Islam ini amatlah mudah dan tidak menyusahkan sesiapa dan ini sekaligus menunjukkan ALLAH itu MAha Pengampun dan Pengasih dalam menerima hambaNya kembali..
Firman Allah SWT:" Dan ada pula orang yg mengaku dosa2 mereka, mereka mencampur-adukkan perbuatan baik dan buruk, mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka.Sesungguhnya Allah maha Pengampun Maha Penyayang."(AT-TAUBAH,9:102)
Persoalan kedua,mengenai bayi yang kononnya lahir dalam keadaan yang tidak suci,mewarisi dosa2 orang terdahulu dan perlu dibaptiskan.Bagi saya,ini hanyalah pegangan yang karut!Masakan seorang bayi yang tidak tahu apa2 boleh mewarisi dosa orang lain?.Secara analoginya,seorang pembunuh hari ini akan dihukum gantung.Jikalau itu hukumannya,bukankah anak dan isterinya juga patut dibunuh, kerana mereka dikatakan mewarisi dosa bapa @ suaminya? Apakah ada perundangan dunia hari ini,jikalau seseorang itu melakukan jenayah,anak-anaknya juga dikira melakukan jenayah tersebut dan perlu dihukum? Pembaptisan itu wajib sekali dilakukan dalam kehidupan seorang penganut kristian. Persoalannya,apakah sekali sahaja dalam kehidupan,kalian membersihkan diri dari dosa?Dan apakah benar selepas itu kalian dikira suci dari sebarang dosa, sedang kan dosa di masa akan datang, belum lagi dilakukan.
Islam sebagai agama yang syumul dan adil, ada menerangkan mengenai dosa warisan melalui firman Allah SWT yang bermaksud: "Jika kamu berbuat baik,bererti kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri,dan jika kamu berbuat jahat,maka itu adalah kerugian untuk dirimu.(AL-ISRA',17:7)
Hadith rasulullah SAW: "Seorang anak yang baru lahir itu seperti sehelai kain putih(suci) dan ibubapanya-lah yang bertanggungjawab mncorakkannya untuk menjadi seorang islam,yahudi atau majusi..
Apa yang ingin saya jelaskan,jelas disini,Islam menganggap seorang bayi itu suci.Ini sesuai dengan fitrah bayi itu sendiri yang lahir ke dunia dengan keadaan yang tidak tahu apa-apa pun! Masakan seorang yang tidak tahu apa-apa,tiba2 perlu bertanggungjawab atas kesalahan org lain? Bukankah kejam namanya?? Inilah kesyumulan ISLAM,persoalan sekecil ini pun ada jawapannya.
Mengenai kenyataan saudari yang mengatakan bahawa ayat ke-6 di dalam surah Al-Fatihah yang bermaksud: "Tunjukkan kami ke jala yang lurus". Saudari menyatakan bahawa umat Islam membaca ayat tersebut setiap kali solat seolah-olah Islam itu masih tidak lengkap dan terpesong.
Sesungguhnya, Al-Quran itu adalah Kalamullah. Setiap ayat nya merupakan doa dan mempunyai hikmah yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Ayat tersebut merupakan doa supaya Allah SWT sentiasa menetapkan kita di jalan-Nya. Hati manusia secara fitrahnya amat mudah untuk membenci dan menyukai sesuatu. Adakah salah untuk kita berdoa dan sentiasa mengharapkan agar ditetapkan hati oleh Allah SWT. Semoga sedikit sebanyak yang saya nyatakan di atas dapat membuka minda semua.
"Dan tidak mungkin Al-Quran ini dibuat-buat oleh selain Allah; tetapi Al-Quran membenarkan kitab2 yang sebelumnya dan menjelaskan hukum2 yang telah ditetapkan, tidak ada keraguan di dalamnya, diturunkan dari Tuhan seluruh alam." (Surah Yunus,10:37)
Wallahua'lam...