Friday, March 19, 2010

Cerpen : Dia

Penat.Seraya dengan itu,kerusi ditarik.Ini bukan kali pertama hujung minggu tidak dinikmati.Rasa bersalah juga mengisi ruang hati.Masakan tidak,keluarga hanya menerima teks pesanan ringkas kebelakangan ini.Sudah lama tidak kudengar suara adik-adik bercerita.

Sambil itu,otak ligat menyusun langkah tugas seterusnya.Tidak cukup dengan itu,pantas sahaja marker pen diambil.Menambah senarai amanah di whiteboard beserta tarikh due-date."Ah,seorang muslim itu perlu tersusun urusannya.",getus sang hati.

*****

Pagi Isnin yang dingin.Usai kuliah pertama pagi itu,kaki melangkah ke cafe.Masih ada baki 5 jam sebelum bermula kuliah seterusnya.

"Kau mahu ke mana selepas ni?",sambil roti dicicah humus,Jamal bertanya.

"Ke library.Ini saja waktuku untuk belajar",ringkas jawapanku.

*****
Kepada yang menempah buku,sila datang ke rumah untuk mengambilnya.

Butang send ditekan.Email ke yahoo-group selamat dihantar.Detik itu,tinggal 6 hari sebelum menjelangnya peperiksaan.

"6 hari.Sungguh,waktu itu laju meninggalkanku.".Lampu dipadam.Jam 10 malam,Khamis.

Jumaat,seawal 3 pagi,aku bangkit.Hari ini akan diisi dengan menyertai program anjuran persatuan.Alhamdulillah,satu ilmu baru kuperoleh.

Hari seterusnya,Sabtu.

"Qim,boleh aku pinta kau hantar buku aku yang kau pinjam,aku perlukannya."

"Aku pergi rumah kau.Tapi tak dapat ambil buku?"

Skrin laptop penuh dengan mesej ringkas yahoo messenger sekaligus mengatakan hari ini ialah hari melaksanakan tanggungjawab.

"Ya Allah,aku merancang untuk study,tapi Kau merancang sebaliknya untuk aku"

4 hari lagi tinggal untuk menghadapi imtihan awal.Langkahku laju.Menuju rumah sahabat-sahabat.Ku sampaikan buku tersebut.Sambil hati memujuk,"Aku yakin.Allah akan permudahkan urusan exam aku sebagaimana aku memudahkan urusan sahabatku".

*****
Hari yang ditunggu.Aku tidak yakin.Masakan tidak,buku diselak 2 hari sebelum hari imtihan.
Sistem universiti yang menyediakan peperiksaan secara on-line juga menambah kerisauan.Tambahan pula,aku tidak tahu ratio soalan dan masa yang diperuntukkan untuk imtihan kali ini.

Butang submit ditekan.Setelah 2 kali menyemak jawapan.Setelah tidak putus berdoa.Mungkin sahaja penjaga makmal komputer pelik melihat mulutku yang terkumat-kamit.Gaya seperti tok bomoh barangkali?Saat itu,masa berbaki 10 minit.

"Alhamdulillah!"

*****