Saturday, February 5, 2011

Catatan : 16 hari di Mesir




Alhamdulillah.

Hari ini,masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifah dalam keadaan aman dan selamat.Syukur atas kurniaan dan kasih sayangNya yang tidak terbatas.Segala puji buatNya yang mengikat hati-hati kami dengan ikatan Islam dan iman.

Jelajah Mesir

10 hari pertama di Mesir diisi dengan aktiviti ziarah dan jelajah.Rombongan trip kali ini seramai 11 orang dan kami berpeluang melawat Kaherah,Fayoum,Dumyat,Iskandariah,Sinai,Dahab,Taba dan Tanta.

Terima kasih buat pihak travel yang menguruskan perjalanan kami di sana.Tak dilupakan,ucapan terima kasih buat musyrif (Ustaz Faroaq,Ustaz Amin,Ustaz Hakim) yang menemani dan banyak bersabar dengan kerenah kami( minum asir hari2,jadi jurubahasa,cari makanan melayu dll).

Ingatan dan penghargaan juga ditujukan buat pihak Perubatan Cawangan Tanta dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta atas layanan dan kerjasama padu dalam membantu kami sepanjang berada sana dan menguruskan 2 program ( Ramah Mesra Pelajar Dentist dan Let Share The Smile).Kemesraan kalian dan pengorbanan menyambut kami pada jam 2 pagi sangat kami hargai.Semoga ukhuwwah yang dijalinkan membawa kita sama-sama ke jannah,InsyaAllah.

Kronologi Terkandas

Mengikut perancangan,baki 6 hari selepas tamat trip diisi dengan menziarahi rakan-rakan, menghabiskan saki-baki genih yang ada di sekitar Cairo,meneruskan misi mencari kueteow goreng,jalan-jalan melawat sepupu di Zaqziq dan berehat-rehat minum asir di Hayyu Asyir.

Tapi,sebaik-baik penentuan itu dariNya.

Setibanya di Cairo pada 28/1,rusuhan bermula secara besar-besaran selepas solat Jumaat.Mula-mula tak cuak lagi,tapi bila internet dan line handphone tak berfungsi,hati mana tak kecut.Nasib baik ada kedai asir,boleh sejukkan hati sikit dengan minum asob.

29/1 - Mengharapkan keadaan masih terkawal,bertemankan seorang musyrif,kami(wawa,irah,bell,bib,izzati,afiqah dan wiah) keluar ke sekitar Cairo(ke Asfour dan Bazar Khan Khalili) dengan pengakutan awam(bas dan metro).Tapi jangkaan kami meleset.Setibanya di kawasan Khan Khalili,tauke-tauke dah mula gelabah nak tutup kedai.Hari itu jugak,dapat lihat kereta kebal lalu tepi jalan.Dengan segera,kami mengambil keputusan pulang ke kediaman rakan di Abasiyah.Sebelum pulang,kami bergerak ke ARMA untuk makan tengahari.Setibanya di ARMA,kami dimaklumkan perintah berkurung diawalkan.Atas nasihat musyrif dan bantuan warden,kami bermalam di ARMA sehelai sepinggang(oh tidak...inilah kali pertama berus gigi dengan jari).

30/1 - Selepas syura,keputusan diambil untuk terus berlindung di ARMA dan memindahkan beg-beg dari Abasiyah.Kerana keadaan yang tidak selamat untuk keluar beramai-ramai,hanya 2 dari kami ke Abasiyah(bertemankan 2 musyrif).Al-maklum,beg-beg akhawat setiap seorang minimum bilangannya adalah 2.Kesukaran mendapatkan pengangkutan,beg-beg dipindahkan dengan lori daging(isk3..).Bermula hari itu juga,keluarga di Malaysia menghubungi kami semua.Dan malam itu,kali pertama dalam hidup buat saya mendengar bunyi tembakan.Tidur tidak lagi lena.Apa yang difikirkan hanyalah doa agar diredhai mak ayah andai nyawa dijemputNya.

31/1 dan 1/2 - Ayah mula menghubungi anaknya hampir setiap hari(hehe..habis RM 100 beli top-up).Begitu juga rakan-rakan di Jordan.2 hari ini juga,atas sebab kekuranagan wang(sorofah tutup),kami ber-6 mengambil keputusan berpuasa.Pengalaman bersahur dengan megi dikongsi 6 orang akan diingati sehingga akhir hayat!. ARMA mula banjir dengan perpindahan pelajar dari kawasan bahaya.Bilik sederhana besar kini memuatkan 15 orang ahli.Koperasi ARMA mula diserbu,masing-masing bersedia untuk stok bekalan makanan.Kafe juga mula menyatukan lauk dan ditetapkan waktu untuk membeli.

2/2 - Sekali lagi,selepas di-syurakan,kami ber-6 mengambil keputusan meredah Cairo Intenational Airport dan tidak mengikuti program evakuasi ke Jeddah.Kali ini pengalaman bermalam di-airport dapat dirasai.Agak sesak,tapi masih ada kerusi untuk diganti katil.Syif tidur bergilir-gilir ditetapkan untuk menjaga keselamatan bekalan makanan dan beg.

3/2 - Flight yang dijadualkan pada 8.30 pagi ditunda.Sarapan?bekalan roti berintikan telur rebus perisa perencah megi menjadi santapan.Alhamdulillah,bantuan makanan juga tiba dari pihak PMRAM dan Embassy.Terima kasih!.Selepas bersabar,menenangkan hati menunggu giliran dan berebut di pintu masuk dengan beg dan troli.Sekitar jam 4.45 petang,kami selamat berlepas!Terima kasih murakib,Abd. Rahman Al-Urduni!