Friday, July 11, 2008

i.b.a.d.a.h




*sekadar perkongsian.Apa yang salah harap diperbetulkan (*_*)


Seperti yang kita maklum,tujuan utama penciptaan manusia ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T sebagaimana firman Allah :
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu"
(Az-Zariyat:56)

Setiap perkara yang disukai Allah dan ikhlas keranaNya merupakan ibadah.Tambahan lagi,ibadah itu bukanlah terhad kepada tuntutan fardu sahaja bahkan merangkumi seluruh aspek kehidupan.Ini menunjukkan ibadah bukanlah 1 konkongan buat kita untuk mencapai keredhaan Allah.

Menurut Ibnu Qayyim, ibadah yang terbaik ialah beramal berdasarkan keredhaan Allah pada setiap waktu mengikut keperluan masa dan tugasnya.Sebagai contoh,melayan tetamu yang bertandang ke rumah itu lebih afdhal daripada tilawah Al-Quran.

KESAN2 i.b.a.d.a.h kepada individu


1)Kerehatan dan kebahagiaan hati : ibadah merupakan 1 wadah untuk memberi "santapan" kepada ruh kita.Secara fitrahnya,munajat dan taqarrub kepada Allah adalah bekalan makanan utama kepada jiwa manusia sebagaimana kata Ibnu Taimiyah,hati secara zatnya memerlukan Allah melalui 2 sudut, iaitu ibadat dan memohon bantuan.

2)Kebebasan : dalam kehidupan,kita tidak dapat lari daripada rasa konkongan terhadap harta,pangkat dan manusia.Ibadah memberi laluan kepada hati untuk bebas dari mehnah duniawi tersebut apabila segala perlakuan tertumpu dan ikhlas Lillahi Ta'ala.

3)Nikmat : sebagaimana yang kita ma'ruf,dunia merupakan tempat persinggahan semata-mata.Amalan soleh di dunia merupakan syarat kelayakan untuk mendapat nikmat di akhirat dan ibadah merupakan cara utama untuk menggapai kejayaan tersebut.Firman Allah :

"Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Tuhannya,melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka,secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan,orang itulah mendapat tempat kesudahan yang baik"
(Ar-Ra'd:22)

4)Mendidik : Ibadah yang sempurna dan berterusan secara tidak langsung membantu diri kita membentuk akhlak mulia dan mendidik kesolehan dan kesantunan jiwa.Sebagai contoh,ibadah utama seorang muslim iaitu solat,seperti yang dinyatakan Allah,akan menjauhkan kita dari kemungkaran.

5)Akhlak rabbani : Ibadah yang diikhlaskan kepada Allah akan membawa diri kita ke arah taqarrub kepadaNya.Dengan ini,jiwa akan dibentuk dengan akhlak rabbani seperti bersangka baik terhadap Allah,senang untuk redha di atas ketentuanNya.Dan ini sekaligus menyelamatkan minda dan hati dari syirik dll.

Wallahua'lam.

~CINTA+REDHA=IBADAH YG BERSUNGGUH2~