Saturday, March 19, 2011

Jordan : Tempat-tempat Utama

Petra

Terletak kira-kira 262 kilometer ke selatan Amman-ibu negara Jordan. Petra merupakan kota kaum Nabatean yang menetap di Jordan 2000 tahun yang lalu. Binaan yang besar digabungkan dengan seni-ukiran yang sangat halus, antara sebab Petra dikagumi dan menjadi tumpuan pelancong luar ke Jordan. Kini, Petra merupakan kota warisan yang dipelihara oleh UNESCO dan pernah tersenarai dalam “7 Wonders of the World”.

Jerash

Dikenali dengan nama lama sebagai Gerasa, kota Jerash merupakan kota lama Yunani-Rom yang masih terpelihara hingga hari ini. Merupakan salah satu dari dekapolis kerajaan Rom yang berada di luar Itali dan pernah bernaung di bawah taklukan Kristian dan khilafah Islam.Berusia hampir 6500 tahun, kota ini masih lengkap dengan ciri-ciri urbanisme kerajaan Rom yang terdiri daripada teater,tempat mandi awam,kuil Zeus dan Artermis.

Ma’rakah Yarmouk

Tempat berlakunya peperangan Yarmouk,antara kerajaan Byzantine Rom dan Islam. Lokasi peperangan yang berbekalkan sumber air yang terhad, menjadikan Perang Yarmouk antara peperangan yang sengit dalam sejarah. Tugu pedang Khalid-Alwalid didirikan di Ma’rakah Yarmouk sebagai mercu tanda kemenangan Islam.

Umm Qays

Terletak 110 kilometer ke utara Amman dan dikenali dengan nama Gadara,kota ini juga merupakan tinggalan kota Yunani-Rom. Di zaman kegemilangannya, ia menjadi jalan perdagangan yang menghubungkan Syria dan Palestin. Dari jauh, dapat dilihat Tasik Tobari dan Bukit Golan yang menjadi perebutan 3 buah negara iaitu Jordan,Syria dan Israel.

Mu’tah

Bumi Syuhada’ yang menjadi saksi berlakunya Perang Mu’tah pada tahun 8 hijrah. Menempatkan 3 maqam panglima yang syahid iaitu Zaid ibn Harithah, Jaafar ibn Abi Talib dan Abdullah ibn Rawahah. Tidak ketinggalan, Karak Castle yang dibina oleh tentera Salib dan seterusnya ditakluk oleh Salahudin Al-Ayyubi.

Wadi Rum

Popular dengan gelaran “The Valley of the Moon”, merupakan wadi terbesar di Jordan. Keindahan pepasir dan batu granit yang terbentuk daripada proses luluhawa serta pemandangan gurun yang menakjubkan,merupakan sebab wadi ini pernah menjadi lokasi penggambaran filem Transformers, Star Wars dan iklan Benson & Hedges. Wadi Rum juga merupakan tempat berlakunya Revolusi Arab pada zaman kejatuhan khilafah Uthmaniyah.

Laut Mati

Berada 397 meter di bawah paras air laut, Laut Mati ialah kawasan terendah di dunia. Keluasan sebanyak 67km panjang dan 18km lebar serta tahap kemasinan air 8 kali berbanding air laut biasa, Laut Mati membuktikan kebenaran ayat Al-Quran mengenai bala Allah terhadap kaum Sodom (kaum Nabi Lut) di atas maksiat yang mereka lakukan kira-kira 3900 tahun dahulu.


Nota :

1. Fakta dipetik dari wikipedia dan Jordan Tourism Site