Wednesday, December 30, 2009

Salam.

Tatkala warga dentist-to-be batch 2007 tengah menghangatkan facebook dengan cadangan-cadangan merealitikan gathering kami hujung minggu ini,saya mengasingkan diri sekejap dan cuba memahami lagu ini.

Tulus dari hati,ini kali pertama tersentuh mendengar lagu dikir barat.Rupanya banyak nilai yang diketengahkan dalam lirik lagu tersebut sehingga menginsafkan diri.

Ini merupakan lagu dikir barat pertama yang saya dengar sepanjang bergelar warga Kelantan.[ayah ambo bekem sikit bab-bab lagu nih..]


~Kita berada di zon selesa,tapi kita tidak menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin.
~Kita sangat selesa,tapi adakalanya lupa mengambil kisah hal sekeliling.Sahabat-sahabat,adik beradik yang memerlukan sokongan kita samada dari segi material atau sokongan mental.
~Hidup seakan lengkap.Sudah ada perancangan 15 tahun kehadapan,tapi semuanya untuk diri sendiri sahaja?Tamat belajar,kerja,kahwin,membesarkan anak-anak sehingga mereka berjaya seterusnya kita mati?
~Jasa guru,ayah dan emak tidak dapat dibalas.


p/s :
-Aini,rasa semangat untuk buka buku.Terima kasih.
-Ayah n mak : Terima kasih jaga Wa.Tak ternilai jasa mak ayah didik Wa yang HORROR ini.Semoga Wa dapat jadi aset mak ayah yang paling besar di Akhirat nanti.
-Moga program picnic semua dentist dipermudahkan segala urusan.Nak bawa makaroni bakar..hehe
-Tatkala semua merancang side-meal,aku sibuk menguruskan side-work.

Saturday, December 19, 2009

InsyaAllah..~I'll find it~

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You cant see which way to go
Dont despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah youll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you cant repent
And that its way too late
Yourre so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Dont despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah youll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah youll find your way

Turn to Allah
Hes never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps dont let me go astray
Youre the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah well find the way

Friday, December 11, 2009

Cheese Sauce

On Wednesday,I've learned how to make cheese sauce from my lovely gorgeous housemate[hehe] while seeing her made lasagna(one of most famous and delicious Italian food).


 lasagna

Cheese sauce :

Ingredients

-Milk
-200g Cheese
-A teaspoon of flour

Method

-First,heat the milk for 4-5 minutes.
-Keep the heat low.
-Gradually,add the cheese a little at a time.Mix them thoroughly after each addition.
-Stir constantly to make the sauce smooth.Any lumps now,and you as well give up!
-Once the cheese has melted,add flour to form it into smooth paste.
-Wait it to boil

Its now ready to serve with lasagna or macaroni.You can change the recipe to make it tastier.Maybe by adding origano/chicken stock etc.

Wednesday, December 9, 2009

A perfect day




Salam.

9 Disember 2009.Hari lahir 3 insan istimewa dalam hidup aku.Nabihah(adik),Kak Nik(my lovely sis..),Cikdo(mak sedara).Selamat hari lahir buat semua.Maaf sebab semuanya di-wish hanya melalui SMS.

Dan semua yang di-wish membalas SMS tersebut dengan ayat-ayat yang melambangkan kasih sayang[aku masih angau dan terharu dengan ayat mereka].Macam ada persamaan naluri ketiga-tiga birthday girls hari ini(cewaah..).

~Nabihah :KakWa lah tua.Dah masuk 20 dah dia.Kakak muda lagi.LOVE YOU.Tq.
~ Kak Nik : Ya Allah,KAU hadiahkanlah cinta & kasih sygMu demi memelihara ksjhteraan & kbaikan adikku ini.Krn kutahu hanya KAU yg mampu m'jg dirinya lbh baik drpd diriku.Thanks.
~Cikdo :[yang ini dirahsiakan]

Hari yang happy buat mereka,aku pulak yang terharu dan rasa terlebih kasih sayang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini,rasa rindu kat adik aku juga sangat menebal.[sobs3..].



Nabihah,baby pertama yang aku dukung dan jaga satu ketika dulu,kini dah 11 tahun umurnya.Sekarang ni,tingginya lebih kurang aku,saiz kasut kami pun sama.Beza umur aku dengannya 9 tahun.Antara adik-adik aku,aku paling suka peluk dia sebab dia yang paling wangi[yang lain sila pergi jauh-jauh..especially yang umur 17 tuh].Antara adik-adik aku juga,dia yang paling kerap disakat oleh aku sebab dia cepat menangis[yang lain tak makan saman].Sepanjang bercuti di Malaysia,setiap hari aku mengganggu ketenteraman dia.Dari kes buat-buat marah,berebut tempat makan+gelas dan yang paling teruk ialah menconteng buku latihan dia[sambil membebel,dia akan padam balik..hua3].Setiap hari jugak,dia bermasam muka dan marah aku.Tapi last-last,di KLIA,dia yang peluk aku paling erat...[sobs3]..Bulan lepas,adik aku yang ni jugak,dimasukkan ke hospital sebab lung infection.Alhamdulillah,sekarang ni dah sihat balik dan hanya perlu ke hospital bila ada temujanji sahaja[kalau tak,aku pasti balik Malaysia time cuti raya korban..]..Haih..rindu sangat kat budak ni..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Hidup ini hanya sementara,ibarat burung yang hinggap di dahan..sekejap..dan ia akan terbang..Selamat hari lahir..Moga menjadi hamba yang sentiasa merindui dan dirindui pencipta,dengan tangis memohon taubat kepadaNya,juga diberkati permusafiran ini"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



p/s : Ada sorang tu rindu aku and SMS pukul 5.15 pagi tadi.Ingatkan Cik Aisy nak kejut aku solat subuh,rupanya rindu kat aku..wah3..terharu..aku tujukan nasyid ini untukmu..Click!



Monday, December 7, 2009

Mouthwash : Benefits & How To Use It

Assalamualaikum..

 Mouthwash.What is it?
An antiseptic solution used for cleaning the mouth and freshening the breath.Also called collutory.

Benefits?

1.Freshen your mouth : Mouthwash comes in many flavors that will simply leaves a taste in your mouth.Besides,it contains chlorophyllins that helps in controlling bad breath(commonly known as halitosis)

2.Kill germs : Chemically,one of it's ingredients is 0.2 percent of  chlorohexidine(one of antimicrobial agent) that will disrupt bacterial's cell wall and kill them.Furthermore,mouthwash comes in liquid.So,it will easily reach hard place in mouth and effectively clean your oral cavity.

3.Remove food debris : People tend to use dental floss to clean their teeth after eating.Mouthwash is an alternative for those who do not have enough time to floss.Although it does not do a good job like flossing,but at least it helps in loosening and cleaning food debris in a short time.

4.Prevent caries : It contain fluorides that will reduce caries risk rate.Besides,mouthwash can remove food debris,so it also play an important role in remove plaque that will cause cavities.

How to use it?

1.Use it two or three times daily.
2.Gargle(bubbles liquid in mouth)10ml of mouthwash about 1 minute.
3.Brush your teeth before gargling to avoid staining(one of chlorohexidine side-effect)

4.DO NOT dilute your mouthwash.
5.DO NOT rinse your oral cavity after gargling and drink anything within 30 MINUTES.
6.DO NOT swallow the liquid after gargling.(imagine your mouth full with bacteria+antiseptic liquid+food debris..you want to swallow it??..eee..yekss)



Source : Pharmacology lecture(Monday,7 December)
              Medical definition dictionary

~1st post in English~

~Promotion : a nice post ~Hati seorang ayah~Click this!

Sunday, December 6, 2009

(^_^)

"Jika seseorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah..Justeru,menangislah kerana ketidakmampuan itu"..-Imam AlGhazali-

Terima kasih buat seorang teman(Shuk)yang menghadiahkan book-note ini kepada saya.Walaupun dah lama,ia sungguh bermakna.

Paling kurang,ia mengingatkan diri supaya tidak mengalirkan air mata pada hal yang remeh-temeh[tengah berlatih lagi].

Air mata yg jatuh keranaNya amat berharga dan mampu melindungi diri dari api neraka.

Jom rebut.


P/s: ni link KB mall runtuh

Monday, November 30, 2009

Hari yang indah~

Salam.
Alhamdulillah,dengan izin dan rahmatNya,Majlis Lambaian Aidil Adha anjuran KMKJ berlangsung dengan jayanya di Mafraq.Tahniah buat semua jawatankuasa pelaksana program.Jazakumullah.~

Bertemakan " Ukhuwah Terbina,Pengorbanan Dirasa",saya berpendapat tema tersebut 'hidup' dalam suasana majlis hari ini.

Disini,saya berpeluang mengenali ahli baru dan bersua-muka melepaskan rindu pada sahabat-sahabat dari mantiqah lain.Sebolehnya,niat dihati ialah mahu mengenali kesemua akhawat KMKJ.Paling tidak,dapat memorise nama.Alhamdulillah,hari ini dapat membina tali-tali ukhuwah yang baru dan mengeratkan lagi ukhuwah yang sedia terbina.

Sudah mendapat 'undangan' khas untuk bertandang ke rumah[TQ Najwa.InsyaAllah].Juga ada seorang ukhti yang saya kira baru kenal,minta mendoakan beliau agar dapat mengerjakan umrah tahun depan.Terharu hati.Jawapan saya.."Boleh aje akak saya doa..tapi muraqibnya siapa ye?boleh saya tahu?hehe.."..Maaf ye akak,sengaja mengusik.

Pengisian dan perkongsian dari Al-Fadhil Ustaz dari Mu'tah[lupa nama,maaf dipinta] juga cukup menarik.Tertarik dengan salah satu ayat beliau.Lebih kurang :

"Hidup Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu menggambarkan segalanya tentang pengorbanan.Begitu juga dengan Nabi Muhammad,para sahabat baginda,tabi' tabien..Tanpa pengorbanan baginda dalam menyampaikan Islam,mana mungkin kita dapat berkumpul hari ini?"



Sekali lagi,dapat hadiah cabutan bertuah.Saya kira,ini kali ketiga mendapat cabutan bertuah di program KMKJ.Tahun 1(2007),semasa Family Day di Aqabah.Tahun 2(2008) semasa sambutan Aidil Adha di Mu'tah.Dan kali ini,di Mafraq.Rezeki.Syukur. (^_^)

Moga-moga hati ini sentiasa bersedia untuk sebarang pengorbanan.

Terima kasih buat semua yang hadir~


Maaf dipinta kepada adinda Yati,junior saya dari Maahad yang kini di Mu'tah sebab masih belum mengingati nama beliau tiap kali bertemu.Maaf dipinta..hoho..

Adha ke-3


Hidangan raya ke-3..Yakni semalam..Namanya roti pori/fori?entah..Tak pasti ejaannya macam mana.Ini percubaan dari ahli bayt.

Tugasku hanya menggoreng aje..hehe..Sedap aje duk depan dapur,pusing2 roti.Haba dari dapur tu aje sudah menormalkan suhu badan..ala-ala pakcik yg buat syawarma kat kedai tu haa[x payah pakai sweater]

Segala ulian dan lain-lain dikerjakan oleh 2 orang ahli bayt ku..roti ini disajikan dengan kari kambing..Sedap..Uniknya roti ni,ianya kembung bila digoreng..
Semalam juga berlangsungnya sambutan Aidil Adha anjuran Permai.Berpeluang makan 3 jenis daging[unta,kambing,lembu].Sedap masakannya.Haih..berapa kilo dah naik ni..

Antara pengisian majlis semalam ialah talkshow yang dikendalikan oleh 2 syabab.Agak panjang slot tersebut tapi banyak isi-isi yang berjaya di-highlight oleh pengendali.Tahniah.
"Variasi Erti Berkorban"


Moga.sentiasa.diberi.jalan.untuk.dekat.padaNya.

Friday, November 27, 2009

Begedil

Salah satu elemen penting dalam menyediakan soto.Aku berpeluang mempelajari cara-cara membuatnya dari 2 ahli bayt yg tercinta.Al-maklumlah,soto bukan juadah hari raya di Kelantan.Ooh..raya kali ini,tiada menu kelantanese..hehe..terpengaruh dengan orang Ampang le ni..haha..Nak tau cara-cara buat begedil??jom!

Bahan-bahan :

1.Kentang
2.Daging cincang
3.Daun Bawang
4.Daun Sup
4.Lada Sulah
5.Garam
6.Minyak masak(utk goreng)
7.Telur

Cara-cara :

1.Kentang dipotong kecil dan digoreng.
2.Sementara itu,daging cincang dimasak samada dengan cara rebus@letak dalam microwave.
3.Lenyekkan kentang sejurus sahaja selepas digoreng(senang nak hancur).
4.Masukkan daging,daun bawang,daun sup,lada sulah dan garam.
5.Gaul sebati.
6.Bentukkan begedil mengikut saiz favourite anda.
8.Kacau telur dalam bekas berasingan.
9.Salutkan begedil dengan telur sebelum digoreng.


p/s: Sedap dimakan begitu sahaja.hehe..Selamat mencuba!


Hari raya kali ini,rumah dijadikan salah satu tempat takbir.Syukran buat kumpulan syabab Permai yang dtg.
Menerima kunjungan adik-adik mentee.Rumah kami merupakan salah satu rumah mentor.hehe...
Tetamu first yg tekan loceng : Cik Shukriah..hihi..sori Shuk,disebabkan mu n aku dah lamo kenal,mu pon kena join kitorang kat dapor.hehe..

Wednesday, November 25, 2009

Lega~


Salam.Akhirnya tiba hari yang dinanti-nantikan.Hari tamat mid-term exams..hehe..

Alhamdulillah,hati sangat tenang,lapang,rasa nak senyum 24 jam,boleh makan dengan tenang,otak pun lengang,boleh rancang macam-macam.Dengan kata lain,hidup kembali normal.

Mana taknye..malam semalam rekod tidur paling pendek tercipta [4 jam] sebab baca buku.Daya ketahanan mata tersebut dicapai gara-gara minum kopi dan teh.Dapat aku rasakan,keadaan terhuyung-hayang sambil berjalan.Setelah tamat exam,ada 1 kuliah yg perlu dihadiri.Aku cuba bertahan.Tapi mata dah tak terbuka sehinggalah Dr.Khalil menyebut "Malaysian student...." Haaa..kerusi pula kat tengah-tengah..Cuak,berdebar,malu semua ada..huhu..

Berkebetulan,PERMAI menyajikan program yang istimewa malam ni.Bagus.Akhirnya,dapat juga menghadirkan diri ke program PERMAI setelah banyak kali terpaksa 'escape' gara-gara exam.Semestinya,banyak perancangan yang berlegar-legar di ruang fikiran untuk mengisi cuti 5 hari ini.Semoga dipermudahkan~

Dan 2 hari lagi,tiba pula Hari Raya Eidul Adha yang dinanti-nantikan.Semestinya,raya korban kali ini,disambut bersama-sama rakan seperjuangan di bumi Jordan ini.Bagi pendapat diri,sambutan raya korban di sini jauh lebih meriah.Salah satu faktor ialah,kami akan sama-sama bergotong-royong dalam usaha melapah dan lain-lain.Kalau di Malaysia,setakat ini,tak berpeluang lagi pegang pisau untuk potong daging[mak takut nak bagi ke?takut tersilap kot..huhuu..].Kalau kat Malaysia,antara kerja yg pernah dibuat ialah agih daging ke rumah kawasan kejiranan .Pernah le 2-3 kali.

Semoga segala urusan AJK Pelaksana Sambutan Hari Eid Adha dipermudahkan.Sama-sama kita singkap erti pengorbanan.~





Btw : Ceramah "Cinta biar seribu,matlamat biar satu" oleh Ust.Wan Yusrizal td mmg best.Semoga sama-sama mendapat manfaat dan mengamalkan apa yg kita dapat hari ni.~





Check list cuti :

~Telefon Malaysia Hari Eid
~program PERMAI
~refresh iman,satukan fikrah
~menormalkan keadaan hidup
~KMKJ

Tuesday, November 17, 2009

Fakta Gigi

1.Pembentukan gigi susu bermula seawal 4-5 bulan bayi di dalam kandungan.

2.Sewaktu bayi dilahirkan,pembentukan gigi kekal sudah bermula.

3.Gigi susu pertama yang muncul ialah lower central incisor iaitu gigi kacip(bawah) pada usia 8 bulan [lebih kurang].

4.Gigi kekal yang tumbuh paling awal ialah lower first molar iaitu gigi geraham pertama(bawah) pada usia 7 tahun[lebih kurang].

5.Manusia biasanya mengalami 2 tahap dentition sepanjang hidupnya iaitu gigi susu dan gigi kekal [deciduos & permanent].

6.Salah satu sebab mengapa kita mengalami perubahan jenis gigi[dari gigi susu kepada gigi kekal] ialah kerana rahang mengalami tumbesaran.Secara tidak langsung,kita memerlukan bilangan dan jenis gigi yang lebih sesuai.[Subhanallah.Segala puji buat Pencipta Yg Maha Bijaksana].

7.Gigi kekal dapat dikategorikan kepada 4 jenis secara amnya :

a)Central Incisor (4)
b)Lateral Incisor(4)
c)Canine (4)
d) Premolar(8)
e)Molar(12)

8.Setiap jenis gigi mempunyai ciri-ciri yang berbeza mengikut kedudukan atas/bawah/kiri/kanan.



Sunday, November 15, 2009

Motivasi~~ohoo~~

Tiba lagi musim exam.Buat aku,masih ade 4 paper belum 'dirempuh'.Seperti biasa,bila habis exam[kalo markah ok,sengih memanjang le]..kalo markah 'kureng',maknanya...[faham2 aje sendiri]..

Dan semestinya,musim exam ialah musim dimana diri sendiri memerlukan semangat.Time ni jugak,aku cuba intai2 artikel bermotivasi kat internet ke..selak2 buku motivasi yg belom habis baca.Satu fakta : diri ini suka beli buku motivasi tapi suka baca separuh aje..Sekarang ni tengah cuba habiskan 'Balancing Work & Life' by Robert Holden.62 m/s aje tapi belom khatam la..

Adakah bermotivasi?~~ada la sikit2..tapi aku selalu fikir,orang yg write buku2 camni,diorang ni setiap saat bersemangatkah?Sentiasa boleh berfikir positif?Datang masalah boleh selesai dengan cara paling adil dan bijakkah?

Dan semestinya,para motivator Muslim jauh berbeza dengan non-Muslim..

Contoh~~

(non Muslim)~Salah satu method yg disarankan untuk mengurangkan stress ialah berhibur[dengan hujjah: diri perlukan masa untuk bertenang seterusnya dapat ambil keputusan yg rasional]

(Muslim)~Method utama yg disentuh ialah rohani.Kembali kepada yg Maha Agung.Jiwa yg tenang?kaedahnya mengingati Allah.

Jika dibuat penilaian logik,mengurangkan stress dgn berhibur?Ya,ada pengurangannya,tapi ianya semasa anda berhibur sahaja?~~betulkah?~~


~Rujukan motivasi terhebat : Al-Quran~

~Jom hayati Al-Insyirah & Ad-dhuha~~seronok dapat perhati pujukan Allah kepada RasulNya disaat baginda diuji dalam menyampaikan dakwah~~

Sunday, November 8, 2009

D.A.M.A.I

~semuanya hijau~~

Damai la jugak hati time dengar nasyid ni~

Semoga diberi kedamaian hati~

Praying for my little sister,hope she'll be fine~

Sunday, November 1, 2009

(^_^)

30 October 09~officially start winter di Jordan..dirasmikan dgn hujan diwaktu pagi...

tak ku sangka kali ni,kesejukan dan penurunan suhu sgt ketara~hoho

apa yg pasti..semua dah start menyarung sweater dan memasang sobah masing2...hoho..dan aku,hampir terlupa nak pakai sweater sbb dah t'biase x pakai time summer...

ooh...aku lupa..ada org yg x suke winter..

~sbb t'lampau sejuk
~sbb jari2 akan sakit
~sbb kne pakai tebal2
~sbb berat badan akan naik

totally different dgn aku...sgt suka winter..hee

~sbb sejuk lg elok dari panas yg mybabkan aku b'peluh2[situasi yg sgt X selesa]
~sbb lebih senang nak b'siap utk kluar..x nak iron baju pon x pe..pakai tshirt pon x pe..sbb ada sweater..ha2
~sbb winter xde kat Malaysia
~sbb winter,malamnya panjang

buat yg x suka winter..bersabarlah..hi3..terimalah hakikat,winter dah tiba... =P

Wednesday, October 28, 2009

tq~~


menyambut besday (^_^)Y

resepi khas nih~~hoho


Donut ni memang lembut ahhh



tq semua yg wish~~
nak susun ikut turutan la..

Wazien,Ena(adik bongsuku),Irah,Zulaikha,Ku Amira,Qisti,Tiqah,Una,Afifah,Asma',Umie,KakNik,Uncle Anas(tunang mak sedare),CikTie,Chik,Ayah,Annur,Azhar,Kak Hanisah,Kak Shafi,Kak Mun,Dinie Islam,Faisal sepupu Anis,Izz,Izzah,Aisyah,Hanan,Amirah Salihah,Kak Nik,Apai n sume yg bersalam kat Hall..hoho...

Monday, October 26, 2009

kembali normal~~

yes..tukar warna layout lagi..

kembali kpd warna asal..ahh..hitam jugak pilihan aku..mmg warna ni je yg ak boleh tolerate..

bak kata Cik Irah PUTRA kiter.."wawa..baik x soh tanyo mung..mugo kalu ado wrno itam gak,comel lako.."..

dahtu..nak wat camne..sblum ni ak cube le jgak ubah warna blog ni kpd warna putih..tp,ak rs sakit mata je..rase ceroh semace..mmg la warna putih ni warna bersih n suci..tp..hitam ttp pilihan hati..adehh..

ak mmg x nafikan..mmg kbnyakan brg2 wrna hitam..stiap kali nak pilih ape2,asal ade wrna hitam atau yg segelap dengannya...haa..lawa la tu..

hitam itu macho..
hitam itu kemas..
hitam itu menawan..
hitam nmpak standard..elegan..sume la!

~kira ok la kan?xde le penin nak pilih2 kaler lak..
~ak pon bukannye cerah pon..elok le pilih wrne2 gelap ajer....
~pendapat : Arab x ensem sgt pon sbb diorang kulit putih..ha3..rupa ada le..tp ttp x mnawan..(suke ati je..)huuu

Saturday, October 24, 2009

Saturday, October 17, 2009

(^_^)Y

entah nape la..kali pertama(ye ke??) ..rase x leh miss citer ni...drama terhebat la rasenye..tambahan plak...ada watak Aidil yg baik,juruh tu(dlm video ni,dia pakai baju+kopiah putih)ho3..mmg best r tgk..

~time balik mesia,mak marah gak tgk cite ni..dia kate cite ni jiwang terlebih..haha..tapi last2,mak pon turut tgk gak..kua3
~adik-adik mmg support le kakaknye tgk cite ni..iyela..kene rasuah remote tv kat diorang ni..


Tuesday, October 13, 2009

dentist-to-be..AMEENN

haa....finally dpt jgak knal segale mende ni...inilah sebahagian alatan yg perlu dipelajari n dipraktikkan tahun ni(alhamdulillah...dah masuk tahun 3)..dlm gmbar tu ,x cukup lg alat-alatnye sbnarnye..ada lg yg sekecik2 bnde n sebesar2 bende..hoho...

-terketar-ketar jugak pegang segale alat tu..
-sakit mate sbb kena focus lama-lama time blaja
-bila hari ada lab,penat..hu3...balik trus tido..
-kena buat elok-elok...nnti dah nak buat kat real patient..

Monday, October 5, 2009

Raya Edition

Setelah beberapa lama(hoho..lama ke?),kali ni Alhamdulillah diberi peluang menyambut 1 Syawal dgn famili dan sahabat2 tercintee di Malaysia..

Banyak kelainan raya kali ni..oho..nak senarai ni..hehe



  • Ada ahli baru dalam famili....oho..ada mak sedara n sepupu baru[baru 3 bulan..putera sulung Ayah Su ..Ammar Luqman B. Mohd Ziad]


  • Alhamdulillah..rumah selamat di-renovate...at last,dpt jgk bilik 1 sorang..hoho..mak pon hepi semacam hias rumah tamu sampai ayah pening tengok..hahaha[esok2 pon,rase nak hias rumah ngan bunge sana sini..boleh x??]




  • Berpeluang beraya 5 hari (biase 2 hari ajer):


Raya 1st : Bersama famili di rumah nenek sebelah ayah,balik kampung mak,ziarah rumah nenek tiri(sebelah mak n ayah).



Raya 2nd : My beloved Ct datang umah,Paksu dtg umah,berkenduri n lepak2 di rumah nenek



Raya 3rd : Melayan 21 anak murid ayah dr SMK Sri Gunong yg dtg ziarah umah.



Raya 4th : Ke Majlis Ijtima' Aidilfitri Alumni Maahad Muhammadi (AMAL)..berpeluang belajar jadi penyambut tetamu...hari ni hari bersejarah juga pabila laptopku di-diagnose x dpt diperbaiki,seterusnya ayah belikan laptop lain..hohooo..(+_+)hilang segale gambar2 n file2..hu3



Raya 5th : My beloved Annur n Ct datang umah seterusnya kami bertiga keluar n beraya kat umah my beloved McTie di PCB..rindu saat tue..

  • Dapat duit raya tertunggak 3 tahun..hehe..[bosar2 den pon..dpt jgk..isk2..nak amik segan,nak lepas x mau..haha]
  • Tanggal 10 syawal,dpt sepupu sorang lagi..puteri sulung Ayah Do..Khadeejah bt Mohd Zaid









Saturday, July 4, 2009

Hari ni 4 Julai

Hari ni 4 Julai,masih berbaki beberapa jam sebelum tamatnya cuti antara Sem.Cuti 2 minggu,ku wujud di bumi Jordan.Berehat-rehat?menggoyangkan kaki?sama sekali TIDAKK.Sekali fikir,rasa macam lama je 14 hari tanpa sebarang aktiviti.Tapi itu hanyalah angan-angan semata.huhu..

Permulaan cuti,daku menemani seorang teman ke Mu'tah,kira-kira 5 jam perjalanan dari Irbid.Kali ni,perjalanan dikira agak smooth..eceh..Di Mu'tah,kami bermalam di rumah saudari Farah.Sempat juga ziarah rumah kakak-kakak kesayangan di Bayt Sejati.Dan sempat juga shopping di Karak[kat sana jubah lawa tauu].Tq buat semua yg menemani dan melayan kerenah kami berdua sepanjang 2 hari di sana.Masih teringat hab falafil depan rumah Farah,sebelah kedai Hamzah tu..huhu..dari pukul 6 pagi,aku mengintai pakcik kedai tu buat hab falafil..teringin punye pasal.

Sekembalinya ke Irbid,hari-hari seterusnya terisi dengan aktiviti mengemas rumah baru n lama.Untuk rumah baru,setiap hari kena keluar.Bermula hari memasang karpet,membeli perabot n etc.Ku kira ini pengalaman baru sebab ini kali pertama aku pindah ke sebuah rumah yg kosong[ghair mafrush].Untuk rumah lama pula,satu cabaran lagi dihadapi.Mengemas pakaian,buku-buku,nota-nota n etc.Lepas habis kemas,bawa kesemua barang-barang tersebut turun dari tingkat 2 ke bawah.

Di hari memunggah kesemua barang tersebut,aku dan 2 housemate,merasai dan menikmati kepenatan dan kelaparan yang amat.Sampai ada yg terketar-ketar sebab lapar+letih.Apa-apa pun,itu satu pengalaman.Dan syukur sekali,semuanya sudah selesai.Terima kasih diucapkan kepada pihak PERMAI yang menguruskan proses pemindahan kami.Permai Sentiasa Di Hati.Dalam masa seminggu,rumah baru dikemas,bilik juga berwajah baru.Satu kepuasan.

Minggu seterusnya,aku dan ahli bayt mula sibuk dengan tanggungjawab masing-masing.Terlibat dengan kem,memenuhi taklifan menguruskan program,menghadiri mesyuarat dan membalut hadiah dan cenderahati.Setiap hari juga kami bertiga keluar..hehe..Tahniah buat AJK pelaksana program Malam Sulaman Kasih[MASYUK].Program yang dianjurkan pihak Helwi PERMAI untuk kakak-kakak kesayangan kami yang khirij.

Untuk sekian kalinya,cuti kali ini banyak pengalaman baru dilalui.Cuti kali ini juga kukira paling memenatkan.Waktu tidur pun dah berpusing-pusing.Tambahan pula,musim panas di sini menjanjikan waktu malam yang pendek.Isya pukul 9 lebih dan Subuh pukul 3 lebih.huhu.

Esok,tanggal 5 Julai,genap 45tahun usia bonda kesayangan di tanah air.Semoga mak sihat sokmo,hepi sokmo.hehe..Hadiah nanti Wa kelik dulu..i love you always..

Esok juga bermulanya semester musim panas di JUST.Semoga ianya bermula dan berakhir dengan tenang dan najah.Tak sabar nak habiskan tahun 2 dan seterusnya pulang ke Malaysia 3 September 2009.hehe..[asyik kira hari dah ni.homesick dah tiba]

~kata seorang ukhti.."Kalau kita sentiasa sibuk dengan perkara-perkara baik,itu juga tanda Allah sayang kat kita.Sebab waktu lapang selain menjadi nikmat,ianya juga satu ujian yang boleh jadi melalaikan kita dariNya."

~Jadi,14 hari yang sarat dengan aktiviti sangat kuhargai.Semoga 14 hari yang telah ditempuhi ada nilai disisiNya.AAmin..

Saturday, May 30, 2009

aku rindu kamu


Di tengah-tengah kekalutan nak hadapi final exam,tiba-tiba otak terfikir-fikir pasal cadangan nak wat reunion n gathering 5 Science 1??

hurm..tiadalah dapat aku memberi idea yg realistik macam mana nak kumpulkan kita semua balik pada 1 majlis..bak kata Husna..susah le kalau nak depend kat ex-raidah n ex-naibah kamu yg jauh ini..huhuhu..sebabnya,kalau nak buat perancangan rapi pun,kami tiada di Malaysia.maafkan kami..huhu..

tapi jauh di sudut hati,besar harapan aku letakkan pada rancangan nak wat reunion ni..alangkah manisnya kalau kita dapat bersua-muka balik..rata-rata dari kita,hanya berhubung di alam maya je[blog,friendster n YM]..and as for me,it's not enough bcoz i really miss all of you..

last kita gathered 1 kelas ialah time lunch kat chinese restaurant,right?masih ingat muka-muka yg dtg dgn wajah berseri semuanya..ye la...baru habis exam SPM..merdeka yer?hehe

rindu betul kamu semua...
setahun bersama berjuang dalam 1 kelas..segala masam manis pahit masin kita sama-sama rasa yer?dan memang kelas kita yang paling pelik buat tahun 2006?
how come 5 science 1 ialah kelas paling bising antara 6 kelas di bangunan B?
dan naibahnye sentiasa tiada dalam kelas?[di sini saya membuat pengakuan dan minta maaf..it's a bad side of me,sorry]..
kat cini,di uploadkan gambar kite2 zaman muda-muda dulu..hehe..
yelah,all of us dah nak masuk 20@21 kan?


hopefully,our reunion will be a reality..
really miss all of you..
doakan kami ex-5Sc1 di Jordan ni najah for this coming final exam..






Thursday, April 30, 2009

EXAM

5 May : Head & Neck Anatomy (2nd exam)

9 May : Pathophysiology (2nd exam)

FINAL EXAMINATION FOR 2nd SEMESTER 2nd YEAR DENTISTRY

6 June : Oral histology

8 June : Dental Anatomy & Occlusion

9 June : Cariology

10 June : Oral Physiology

11 June : Head and Neck Anatomy

13 June : Pathophysiology

15 June : Microbiology




~~saje nak letak..Ct pon letak tarikh jugak...haha...tiru cik Ct~~

~~confirm jadi 'cincau' lepas final exam ni..tapi..

  • tak kesah..
  • Be positive
  • Just put total effort,and take it easy
  • Realiti depan mata,takkan nak lari??Rempuh!

Ayah pesan :
  • "Biaso la tu,tahun 2 nga tahun 3 penat sikit..ayoh mulo pun gitu.."(masa tahun 2)
  • "I had always believed you would get through"(masa tahun 1)
  • "You had always been our pride and joy"(masa anniversary ayah mak tahun lepas)
  • "Jaga solat"(sebelum fly,31 August 2007)

CT kata :
  • "Excellent is a reward 4 our concerted attempts, while the failure is the catalyst to make us work harder."
  • Ujian bukan bebanan.Tapi kayu ukur setakat mana ilmu yg kita dapat.Kalau berjaya,jgn la alpa.Jika kita gagal,jgn la kecewa.


Una bagi quote :
i'm here because of Allah
i'm here because of Islam
i'm here because of my parents
i must be a good muslim
i must try my best
i must success in my study

Aku sendiri bagi semangat :

  • Just try first,then you'll find the truth
  • Bukan senang nak jadi senang,bukan susah nak jadi susah
  • Ujian satu cara mematangkan diri yg belum tumbuh 3rd Molar(gigi bongsu)
  • Belajar elok2..its ur responsibility..besides,tahun boleh balik raya..hihi

Thursday, February 26, 2009

qa-la-mun

Al-kisah suatu petang yang hening lagi aman,aku meluangkan masa menyusun pen dan alatan tulis yang bertaburan di atas meja study.Satu-persatu aku kutip dan letak ke dalam 3 bekas yang berbeza.Seperti biasa,di samping mengutip pen tersebut,aku akan membebel terhadap diri sendiri,mengelamun atau bercakap sendirian[ini normal]

Diri 1 : cik wawe,kenapa diasingkan pen-pen ni?tiada kerja lain??

Diri 2 : ooo..pen ni kena/mesti/la budda diletakkan mengikut darjat.

Diri 1 : pen pun ada darjat??

Diri 2 : yup..bekas 1,untuk pen-pen yang lawa,berwarna-warni dan paling selesa digunakan.Bekas 2,untuk pen yang tidak cukup sifat dan menyakitkan hati[tiada penutup dll].Bekas 3,untuk pen yang klasik,zaman rock-rock dulu dan digunakan dari sekolah menengah.

Diri 1 : Macam tiada faedah je kerja asingkan pen ni.Apalah salah diletakkan dalam 1 bekas sahaja?

Diri 2 : Yang elok kena berada di kalangan yang elok,yang buruk berada di kalangan yang buruk.

Diri 1 : Jadi,orang yang baik hanya sesuai dan perlu berada di kalangan yang baik dan begitulah sebaliknya?Bukankah kalau yang baik itu bercampur dan berada di mana-mana,itu akan menyeimbangkan keadaan?

Diri 2 : alamak!

~mahukah "pen-pen" tersebut berada di dalam bekas yang sama?~