Saturday, July 4, 2009

Hari ni 4 Julai

Hari ni 4 Julai,masih berbaki beberapa jam sebelum tamatnya cuti antara Sem.Cuti 2 minggu,ku wujud di bumi Jordan.Berehat-rehat?menggoyangkan kaki?sama sekali TIDAKK.Sekali fikir,rasa macam lama je 14 hari tanpa sebarang aktiviti.Tapi itu hanyalah angan-angan semata.huhu..

Permulaan cuti,daku menemani seorang teman ke Mu'tah,kira-kira 5 jam perjalanan dari Irbid.Kali ni,perjalanan dikira agak smooth..eceh..Di Mu'tah,kami bermalam di rumah saudari Farah.Sempat juga ziarah rumah kakak-kakak kesayangan di Bayt Sejati.Dan sempat juga shopping di Karak[kat sana jubah lawa tauu].Tq buat semua yg menemani dan melayan kerenah kami berdua sepanjang 2 hari di sana.Masih teringat hab falafil depan rumah Farah,sebelah kedai Hamzah tu..huhu..dari pukul 6 pagi,aku mengintai pakcik kedai tu buat hab falafil..teringin punye pasal.

Sekembalinya ke Irbid,hari-hari seterusnya terisi dengan aktiviti mengemas rumah baru n lama.Untuk rumah baru,setiap hari kena keluar.Bermula hari memasang karpet,membeli perabot n etc.Ku kira ini pengalaman baru sebab ini kali pertama aku pindah ke sebuah rumah yg kosong[ghair mafrush].Untuk rumah lama pula,satu cabaran lagi dihadapi.Mengemas pakaian,buku-buku,nota-nota n etc.Lepas habis kemas,bawa kesemua barang-barang tersebut turun dari tingkat 2 ke bawah.

Di hari memunggah kesemua barang tersebut,aku dan 2 housemate,merasai dan menikmati kepenatan dan kelaparan yang amat.Sampai ada yg terketar-ketar sebab lapar+letih.Apa-apa pun,itu satu pengalaman.Dan syukur sekali,semuanya sudah selesai.Terima kasih diucapkan kepada pihak PERMAI yang menguruskan proses pemindahan kami.Permai Sentiasa Di Hati.Dalam masa seminggu,rumah baru dikemas,bilik juga berwajah baru.Satu kepuasan.

Minggu seterusnya,aku dan ahli bayt mula sibuk dengan tanggungjawab masing-masing.Terlibat dengan kem,memenuhi taklifan menguruskan program,menghadiri mesyuarat dan membalut hadiah dan cenderahati.Setiap hari juga kami bertiga keluar..hehe..Tahniah buat AJK pelaksana program Malam Sulaman Kasih[MASYUK].Program yang dianjurkan pihak Helwi PERMAI untuk kakak-kakak kesayangan kami yang khirij.

Untuk sekian kalinya,cuti kali ini banyak pengalaman baru dilalui.Cuti kali ini juga kukira paling memenatkan.Waktu tidur pun dah berpusing-pusing.Tambahan pula,musim panas di sini menjanjikan waktu malam yang pendek.Isya pukul 9 lebih dan Subuh pukul 3 lebih.huhu.

Esok,tanggal 5 Julai,genap 45tahun usia bonda kesayangan di tanah air.Semoga mak sihat sokmo,hepi sokmo.hehe..Hadiah nanti Wa kelik dulu..i love you always..

Esok juga bermulanya semester musim panas di JUST.Semoga ianya bermula dan berakhir dengan tenang dan najah.Tak sabar nak habiskan tahun 2 dan seterusnya pulang ke Malaysia 3 September 2009.hehe..[asyik kira hari dah ni.homesick dah tiba]

~kata seorang ukhti.."Kalau kita sentiasa sibuk dengan perkara-perkara baik,itu juga tanda Allah sayang kat kita.Sebab waktu lapang selain menjadi nikmat,ianya juga satu ujian yang boleh jadi melalaikan kita dariNya."

~Jadi,14 hari yang sarat dengan aktiviti sangat kuhargai.Semoga 14 hari yang telah ditempuhi ada nilai disisiNya.AAmin..