Barangkali entri kali ni,tiada manfaat buat sesiapa kecuali cik rodent...seorang insan yg selalu menjenguk blog ni dan ana tak tahu sape pon dia..dia ni kategori baik la jugak..tahu perkembangan semasa..bagus2..
oh cik rodent..berlegar-legar di minda ana,sapekah dia?peminat?secret admirer?hehe..yang nyata,cik rodent ni warga Irbid(sbb tahu pasal Permai)..maaf la cik rodent..ana sebenarnya tak sempat nak meng-update blog ni..ana tahu,da berkurun ana biarkan ia bersawang..tapi tu lah...cuti seminggu pon ana rasa kejap jeee..hari first cuti,ana rs sangat boring..tapi bila jadual terisi,teramatlah sedikit rasanya waktu seminggu...nak tahu apa ana buat?meh ana cerite..
hari jumaat(7/12/2008) : oohh..ni sayyidul ayyam..ni jugak turn ana jadi chef kat rumah..ape lagi,selepas zohor ana mula menggaru-garu kepala nak masak ape buat housemate tercintee..dan hari tu,ana try masak sotong yg dibawa dr mlysia..oo..lulusss..hehe..dan petang selepas masak,ana keluar menemani housemate menghantar iklan Debat ke rumah runner (cik rodent ada dpt iklan tak?)
sabtu : ni hari jalan2..pepagi lagi ana keluar untuk melawat sebuah kubu salahudin al-ayoubi di ajloun..ni kali kedua ana pegi ke kubu ni..rindu la katakan...banyak sejarah yang ana dapat tahu..Alhamdulillah..petang tu pulak,selepas maghrib,ana dan 4 sahabat ditemani 2 muraqib,bertolak ke Petra (almaklum lah,masa Jelajah Jordan bulan 1 ari tu,kami x sempat ke sana)..dan kami sampai ke pekan yg bdekatan kota Petra dalam pukul 11 malam.Tido malam tu,kami menginap di sebuah motel,namanya Valentine Inn(hrgenye 8 Jd sorang,bilik warne pink,cik rodent suke tak?)
ahad : haa...pukul 8, kami sudah ade kat gate petra tu..rupenya Petra ni luas n berdebu dan kena jalan..nasib baik ana pakai kasut..bak kata sahabat ana,kat Petra ni tak sesuai nak ayu2,pakai sandal..betol3..dan ana taktau apa masalah ana kat sana..semua haiwan yg boleh naik,ana naik..bermula dgn kuda,unta n keldai..huh..dan cukup lah sekali dlm hidup,ana naik..terutamanye unta..terrrlaaammpaaauu tinggiii...dan selepas magrib,kami bertolak pulang ke Irbid..penat la jugak..
isnin : wah3..ari ni ari raye..selepas solat suboh,ana n da geng ke masjid yarmouk utk solat raya..selepas solat raya,sempat ana bersalam2 dengan para akhawat yg ana jumpa(cik rodent ade sekali ke?)seusai solat,ana p sebuk2 posing dpn masjid tu sebelum balik rumah...wah..raya kali ni,ana bsarapan kat rumah no 8 kat sakan tu...sedaappp..lepas tu ana telepon famili..setengah jam ana borak2 dgn atuk nenek,segala mak sedara,adik2 n mak..tapi x sempat borak ngan ayah(ayah ana p lapah daging..uhuksss)..lepas tu,ana p tido..penat n sakit badan naik keldaiii...malam tu pulak,ana ke rumah no 8 utk mengasah pisau(utk melapah dgg Permai)..sambil lepak2 tgok TV,warga no 8 hidangkan mee supp..ape lagii...makan lee..lepas tu kami tgok movie tajuknye Sepi..lepas tu,sambung lagi dgn cite omputeh..ana tak sempat tgk sbb tertidoo...
selasa : hari ni hari melapah..dan turn rumah ana kena melapah ialah pukul 2-5.30..wah..best berkumpul ramai2 ni..almaklumlah..perempuan..segala cerite,wadah,puisi,pantun keluar time melapah dgg tu...ngeh3...dan balik malam tu,dalam hujan..wah...sodap bonar tido..ari ni juga besday adik ana yg umor 10 tahun..dia mintak jubah ngan ana..ana jnji ngan dia,balik thn dpan ana belikan..
rabu : selepas je solat subuh,ana pepagi keluar berkumpul utk ke Mu'tah..kali ni,raya KMKJ kat sana..dan dalam pukul 10 lebih,ana sampai di Mu'tah..kat sana,ana bpeluang jumpa junior ana yg 1 skolah dulu yg kini belajar kat mafra' n mu'tah..mu'tah lagi sejuk dr irbid..sempat juga ana p melawat makam zaid b. harithah n ja'far b. ab.tolib..melawat makam syuhada..kalo cik rodent nak pegi,ana boleh bawak?
khamis : ana ingat ana nak rehat sebelum ke Majlis hari raya n Walimah yg dianjurkan Permai..tapi hajat x kesampaian bila ade sahabat ana ajak ke balad irbid,temankan dia beli sweater..demi kawan..kami b4 ke balad..ingat nak teman je..rupenye ana pon tergoda jugak mngeluarkan duit kat balad tu (sape yg bagi galakan tu eh??)..housemate ana juga mengecop ana kaki jalan..oo....tu ana akui..ana memang suke jalan..cume kat malaysia je ana memerapkan diri kat rumah(jadi budak baik)..lepas tu,ana bergegas ke majlis Permai..ana terlambat..huhu...
jumaat : sayyidul ayyam tiba lagi...tapiiii...tak ter-rehat jugakk...pukul 10,ana n kwn2 ke rumah seorang sahabat berbangsa Arab(namanye huda)...rumahnye dekat dengan mukhayyam...kirenya,surrounding rumahnye org2 palestin yg tggal..layanan yg diberi famili huda amatlah baik..ihtirom tetamu..biasalah..kalo bertandang kat rumah arab ni,kalo tak magrib,takleh balik..huhu...tapi takpe lah..bukannye selalu..(kalo cik rodent ade,ana bw cik rodent sekali tau)
sabtu : hari ni,ana sedih..hukhuk...hari last cuti..bukannye selalu dapat cuti ni...lepas ni ana kena berjuang utk final exam..doakan ana ye cik rodent..selapas isya',ana keluar lagi ke rumah sahabat ana...dia ajak makan dadih..eh...cuti ni ana asyik makan je..ngeh3..lepas tu kami same2 ke sakan 1st year..mendengar talk pasal Khuf...cik rodent pegi tak?
kesimpulannye...cuti ni.... ana memang takde kat rumah..hu3..tambah internet pulak baru 2-3 hari jadi..kalo ana kat rumah,memang taktau berita semasa lah...henset ana pon tak berapa btol sebenarnye...kejap jadi,kejap jem tmbah2 time nak anto mesej..tu pasal la la kalo ade pape je,ana terus call(baik tak ana..ngeh3)..dan cuti ni juga menyaksikan ramai yg demam n selsema teruk tmasuk housemate ana..cik rodent jaga kesihatan yerr..macam tu lah alkisahnye cik rodenttttt..
p/s : cik rodent,ana x sabar nak p JUST.. =P
Sunday, December 14, 2008
Saturday, August 2, 2008
.:tak pasti:.
kucuba turuti
kata saudari disisi
ku cuba terangi
yang gelap disudut hati
arus masa ku ikuti
jalan berduri ku jejaki
lantas..
semakin kusedari
mengapa fikrahnya begini
bukan ini yang dicari
terpaku sendiri
merenung kembali
memori sebentar tadi
mana arah kali ini
katanya disisi
cuba kufahami
andai..
mustahil buatku ini
biarkan ia berlalu pergi
daku sendiri
seakan tidak pasti
perlukah mengundur diri
kata saudari disisi
ku cuba terangi
yang gelap disudut hati
arus masa ku ikuti
jalan berduri ku jejaki
lantas..
semakin kusedari
mengapa fikrahnya begini
bukan ini yang dicari
terpaku sendiri
merenung kembali
memori sebentar tadi
mana arah kali ini
katanya disisi
cuba kufahami
andai..
mustahil buatku ini
biarkan ia berlalu pergi
daku sendiri
seakan tidak pasti
perlukah mengundur diri
Friday, August 1, 2008
.:buat diri:.
Andai terus kugenggami
Bimbang ianya menikam diri
Di saat waktu terhenti..
Satu-persatu..
Realiti dan ilusi
Ku biarkan pergi
Dibawa sang bayu pagi
Meninggalkan sebuah memori
Tanda angan dan mimpi
Kenangan dunia nan sepi
Hanya Yang Esa mengetahui..
Terus ku susuri denai hidup ini
Terus ku cari lagi..
Menggapai arah untuk dilalui
Pedoman panduan buat hati..
Menongkah arus duniawi
Menuju redha Ilahi
Bimbang ianya menikam diri
Di saat waktu terhenti..
Satu-persatu..
Realiti dan ilusi
Ku biarkan pergi
Dibawa sang bayu pagi
Meninggalkan sebuah memori
Tanda angan dan mimpi
Kenangan dunia nan sepi
Hanya Yang Esa mengetahui..
Terus ku susuri denai hidup ini
Terus ku cari lagi..
Menggapai arah untuk dilalui
Pedoman panduan buat hati..
Menongkah arus duniawi
Menuju redha Ilahi
Friday, July 11, 2008
i.b.a.d.a.h
*sekadar perkongsian.Apa yang salah harap diperbetulkan (*_*)
Seperti yang kita maklum,tujuan utama penciptaan manusia ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T sebagaimana firman Allah :
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu"
(Az-Zariyat:56)
(Az-Zariyat:56)
Setiap perkara yang disukai Allah dan ikhlas keranaNya merupakan ibadah.Tambahan lagi,ibadah itu bukanlah terhad kepada tuntutan fardu sahaja bahkan merangkumi seluruh aspek kehidupan.Ini menunjukkan ibadah bukanlah 1 konkongan buat kita untuk mencapai keredhaan Allah.
Menurut Ibnu Qayyim, ibadah yang terbaik ialah beramal berdasarkan keredhaan Allah pada setiap waktu mengikut keperluan masa dan tugasnya.Sebagai contoh,melayan tetamu yang bertandang ke rumah itu lebih afdhal daripada tilawah Al-Quran.
KESAN2 i.b.a.d.a.h kepada individu
1)Kerehatan dan kebahagiaan hati : ibadah merupakan 1 wadah untuk memberi "santapan" kepada ruh kita.Secara fitrahnya,munajat dan taqarrub kepada Allah adalah bekalan makanan utama kepada jiwa manusia sebagaimana kata Ibnu Taimiyah,hati secara zatnya memerlukan Allah melalui 2 sudut, iaitu ibadat dan memohon bantuan.
2)Kebebasan : dalam kehidupan,kita tidak dapat lari daripada rasa konkongan terhadap harta,pangkat dan manusia.Ibadah memberi laluan kepada hati untuk bebas dari mehnah duniawi tersebut apabila segala perlakuan tertumpu dan ikhlas Lillahi Ta'ala.
3)Nikmat : sebagaimana yang kita ma'ruf,dunia merupakan tempat persinggahan semata-mata.Amalan soleh di dunia merupakan syarat kelayakan untuk mendapat nikmat di akhirat dan ibadah merupakan cara utama untuk menggapai kejayaan tersebut.Firman Allah :
"Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Tuhannya,melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka,secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan,orang itulah mendapat tempat kesudahan yang baik"
(Ar-Ra'd:22)
4)Mendidik : Ibadah yang sempurna dan berterusan secara tidak langsung membantu diri kita membentuk akhlak mulia dan mendidik kesolehan dan kesantunan jiwa.Sebagai contoh,ibadah utama seorang muslim iaitu solat,seperti yang dinyatakan Allah,akan menjauhkan kita dari kemungkaran.
5)Akhlak rabbani : Ibadah yang diikhlaskan kepada Allah akan membawa diri kita ke arah taqarrub kepadaNya.Dengan ini,jiwa akan dibentuk dengan akhlak rabbani seperti bersangka baik terhadap Allah,senang untuk redha di atas ketentuanNya.Dan ini sekaligus menyelamatkan minda dan hati dari syirik dll.
Wallahua'lam.
~CINTA+REDHA=IBADAH YG BERSUNGGUH2~
Saturday, May 31, 2008
RE:Apa yang anda akan lakukan
Merujuk kepada persoalan yang diutarakan kat halaqah on9(group kat frenster)...disini sy menyatakan pandangan saya..
Assalamualaikum WBT.Semoga roh Islam yang masih bersinar sehingga hari ini terus kekal dijiwa para muslim skalian.Alhamdulillah, buat semua ikhwah dan akhawat kerana kita masih diberi peluang meneguk nikmat iman dan ISLAM.
Persoalan saya disini buat saudari.Apakah maksud ISLAM itu sekadar melaksanakan solat,puasa dan membaca quran?? Persoalan saya kedua,andaikata quran pernah menjadi pegangan saudari,apakah tidak ditemui jawapan utk membersihkan diri dari dosa?
Firman Allah Taala:"Wahai orang-orang yang Beriman,bertaubatlah kamu dengan taubat yang semurni-murninya,mudah2an Tuhan kamu menghapuskan kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir didalamnya sungai..."(AT-TAHRIM,66:8)
Dpt dilihat disini,secara jelas Allah mengajar kita untuk bertaubat bagi membersihkan diri dari noda2 dunia. Apakah itu taubat? Adakah perlu menyalib diri? Adakah perlu berkorban nyawa utk orang lain?
Taubat disisi Islam ialah meninggalkan perbuatan2 dosa,bertekad tidak mengulanginya dan meminta maaf jika ianya melibatkan orang lain(spt mengumpat).Apa yg diajar didalam Islam ini amatlah mudah dan tidak menyusahkan sesiapa dan ini sekaligus menunjukkan ALLAH itu MAha Pengampun dan Pengasih dalam menerima hambaNya kembali..
Firman Allah SWT:" Dan ada pula orang yg mengaku dosa2 mereka, mereka mencampur-adukkan perbuatan baik dan buruk, mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka.Sesungguhnya Allah maha Pengampun Maha Penyayang."(AT-TAUBAH,9:102)
Persoalan kedua,mengenai bayi yang kononnya lahir dalam keadaan yang tidak suci,mewarisi dosa2 orang terdahulu dan perlu dibaptiskan.Bagi saya,ini hanyalah pegangan yang karut!Masakan seorang bayi yang tidak tahu apa2 boleh mewarisi dosa orang lain?.Secara analoginya,seorang pembunuh hari ini akan dihukum gantung.Jikalau itu hukumannya,bukankah anak dan isterinya juga patut dibunuh, kerana mereka dikatakan mewarisi dosa bapa @ suaminya? Apakah ada perundangan dunia hari ini,jikalau seseorang itu melakukan jenayah,anak-anaknya juga dikira melakukan jenayah tersebut dan perlu dihukum? Pembaptisan itu wajib sekali dilakukan dalam kehidupan seorang penganut kristian. Persoalannya,apakah sekali sahaja dalam kehidupan,kalian membersihkan diri dari dosa?Dan apakah benar selepas itu kalian dikira suci dari sebarang dosa, sedang kan dosa di masa akan datang, belum lagi dilakukan.
Islam sebagai agama yang syumul dan adil, ada menerangkan mengenai dosa warisan melalui firman Allah SWT yang bermaksud: "Jika kamu berbuat baik,bererti kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri,dan jika kamu berbuat jahat,maka itu adalah kerugian untuk dirimu.(AL-ISRA',17:7)
Hadith rasulullah SAW: "Seorang anak yang baru lahir itu seperti sehelai kain putih(suci) dan ibubapanya-lah yang bertanggungjawab mncorakkannya untuk menjadi seorang islam,yahudi atau majusi..
Apa yang ingin saya jelaskan,jelas disini,Islam menganggap seorang bayi itu suci.Ini sesuai dengan fitrah bayi itu sendiri yang lahir ke dunia dengan keadaan yang tidak tahu apa-apa pun! Masakan seorang yang tidak tahu apa-apa,tiba2 perlu bertanggungjawab atas kesalahan org lain? Bukankah kejam namanya?? Inilah kesyumulan ISLAM,persoalan sekecil ini pun ada jawapannya.
Mengenai kenyataan saudari yang mengatakan bahawa ayat ke-6 di dalam surah Al-Fatihah yang bermaksud: "Tunjukkan kami ke jala yang lurus". Saudari menyatakan bahawa umat Islam membaca ayat tersebut setiap kali solat seolah-olah Islam itu masih tidak lengkap dan terpesong.
Sesungguhnya, Al-Quran itu adalah Kalamullah. Setiap ayat nya merupakan doa dan mempunyai hikmah yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Ayat tersebut merupakan doa supaya Allah SWT sentiasa menetapkan kita di jalan-Nya. Hati manusia secara fitrahnya amat mudah untuk membenci dan menyukai sesuatu. Adakah salah untuk kita berdoa dan sentiasa mengharapkan agar ditetapkan hati oleh Allah SWT. Semoga sedikit sebanyak yang saya nyatakan di atas dapat membuka minda semua.
"Dan tidak mungkin Al-Quran ini dibuat-buat oleh selain Allah; tetapi Al-Quran membenarkan kitab2 yang sebelumnya dan menjelaskan hukum2 yang telah ditetapkan, tidak ada keraguan di dalamnya, diturunkan dari Tuhan seluruh alam." (Surah Yunus,10:37)
Wallahua'lam...

Subscribe to:
Posts (Atom)