kucuba turuti
kata saudari disisi
ku cuba terangi
yang gelap disudut hati
arus masa ku ikuti
jalan berduri ku jejaki
lantas..
semakin kusedari
mengapa fikrahnya begini
bukan ini yang dicari
terpaku sendiri
merenung kembali
memori sebentar tadi
mana arah kali ini
katanya disisi
cuba kufahami
andai..
mustahil buatku ini
biarkan ia berlalu pergi
daku sendiri
seakan tidak pasti
perlukah mengundur diri
4 comments:
maaf lah kiranya kedatangan kata-kata hamba ini menganggu ketenangan tuan hamba...kiranya..telah lama hamba tenung dan renung..saban hari akan keluarlah madah pujangga luahan rasa tuan hamba..ingin hamba bertanya..apakah resah yg tuan gundahkan..huhu..berklasik masik plak kat blog mu ni wa..
permohonan maaf tuan hamba,beta perkenankan..kiranya beta bermadah seketika,mengenangkan rindu di dada..megubat resah dijiwa...sekadar luahan rasa,mungkinkah beta di rantau orang..pilihan yang nyata..termenung seketika..setakat ini sahaja,apa yang tak kena,akan beta kongsi dengan tuan hamba..hihihi
berundur diri <> pengecut
berundur diri <> mengaku kalah
sekian.
owh..satu komen yg membina
Post a Comment