Friday, January 8, 2010

Cerpen : Islah Seorang Pengembara

"Place the composite incrementally.Each layer should not exceed 2 milimetres",suara Dr.Ghada memecah konsentrasi warga makmal.Setiap pancaindera mula mengalih perhatian.Sebagai penilai utama hasil kerja,tips yang disampaikan oleh beliau amat penting untuk dipraktikkan.

Makmal kembali riuh-rendah.Dengan fasiliti yang ada,makmal pergigian di bangunan D3 mampu memuatkan 40 orang pelajar pada setiap sesi praktikal.Di makmal yang sederhana,para penuntut diajar mengenali alatan-alatan pergigian dan cara penggunaan yang betul.Bagi yang memerhati,makmal ini punya seribu erti kerana warna-warni suasananya.


Masa yang diberi masih berbaki 10 minit.Enamel Hatchet dicapai pantas.Terdapat sedikit kekurangan perlu diperbaiki.Tugasan kali ini agak kompleks.Class 4 restoration with composite.Mengembalikan rupa asal gigi kacip atas yang patah atau rosak disebabkan trauma.Bukan mudah.Elemen estetika sangat penting.Kekemasan kerja juga diambil kira.Pendek kata,hasil tangan seorang doktor gigi itu perlu fast and smart!.

"Mus..Senyum tak henti nampaknya.Markah penuh macam biasa la tu",sapaan dari belakang mematikan lamunan.Safir.Teman seperjuangan di bumi Urdun yang tidak lekang dari mengusik rakan-rakan.


"Perli ke puji?",balas Muslih ringkas.

"Jom ke Mat'am Mahmood.Dapat maqlubah satu wajbah pun sedap ni.Aku belanja.Tapi sebelum tu,kita singgah solat di masjid dulu.Jom?",pantas Safir memanjangkan bicara.Sambil tangan sibuk memasukkan dental instruments ke dalam kotak.

"Aku sibuk la Saf.Maaf ya.Malam ni kena siapkan minit mesyuarat.Kalau nak belanja,bawak balik rumah aja lah.."

~~~~~~~~~~

Safir termenung jauh.Adakalanya buntu memikirkan perihal Muslih.Ini bukan pertama kali ajakannya ditolak mentah.Muslih bukan lagi kanak-kanak kecil.Barangkali sudah immune dengan jerat habuan yang dipasang Safir.Dia sudah mengerti,ajakan Safir ada agendanya tersendiri.Ada sahaja alasan yang diberi untuk mengelak.

Muslih bukan orang asing dalam kamus hidup Safir.Teman serumah sudah hampir 3 tahun.Sederhana tegap,hitam manis orangnya.Pemuda yang berasal dari negeri Serambi Mekah itu seringkali menjadi rujukan sahabat-sahabat dalam hal akademik.Pendiam.Tapi ada wawasan.Pemegang anugerah Tokoh Pelajar Contoh itu juga disenangi ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia di sini.

Tapi,setiap makhluk itu ada kekurangannya.Samada kekurangan itu diberi sebagai ujian untuk diatasi atau diambil iktibar.Muslih juga tidak terkecuali.

"Ini ujian kami bersama.Aku tidak sesekali akan tinggalkan dia.Kekurangannya boleh dibaiki.Aku yakin dia juga termasuk dalam kalangan hambaMu yang soleh suatu hari nanti.Aku tahu kemampuannya untuk sujud padaMu!",satu tekad disemat dalam hati.Doa pada Yang Maha Kuasa tidak putus.Hanya satu pinta Safir.Semoga sahabatnya menjadi seorang khalifah berjiwa hamba.

~~~~~~~~~~
12 malam.Jam dirasa berdetik laju.Sudah beberapa hari jadualnya penuh.Penat dan lesu.Badan yang perlukan stamina direbahkan.Sel dan otot perlukan rehat.Sebelum terlelap,otak Muslih ligat mengingat tugasan yang berjaya disempurnakan.Nota akademik,laporan makmal,data ahli persatuan dan minit mesyuarat.Satu-persatu disemak dengan bayangan di minda.Semuanya siap.Hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada yang berhak.Namun,seakan ada rasa ketidakpuasan.Masih kosong.Tidak ada ketenangan hati dikecapi.

"Do it carefully.The canine is like your prayer.Place it at the right position,unless you'll lost your guideway to have a good curvature"



"Nabi Isa diuji dengan ujian kemiskinan.Nabi Ayyub ditarik nikmat kesihatan.Nabi Sulaiman punya kerajaan yang luas.Nabi Ibrahim pula dengan ujian perpisahan dan pengorbanan.Nabi Muhammad A.S diberi tugas paling berat.Mereka ada posisi masing-masing tapi istiqamah berdiri sebagai seorang 'abid setiap hari"

Terngiang-ngiang kata Dr.Esam yang diucap dalam kuliah pagi tadi.Diselangi amanat ayah sebelum berangkat ke Jordan.


"Ah..biarkan",getus hati Muslih.Ego.


~~~~~~~~~~

"Mus..semalam Cheon ada tanya Am.Lepas tu Am tanya Mat.Mat pula tanya aku.Kali ni aku nak tanya kau pula.Boleh ye?",bicara Safir sambil tersengih.Ada sahaja lawak songsangnya.Memecah dingin pagi Jumaat dengan hilai-tawa.

"Ha..panjang muqadimahnya.Tak mahu bagi pengenalan soalan pulak ke?Kategori apa,susah ke senang?tanya lah.Nanti aku buat laporan kajian kau lepas ni",respon mesra diberi Muslih.Sambil menghirup kopi bujang.Pahit.

"Antara Kristian,Budha dan Islam.Mana yang terbaik?",Safir melontarkan soalan.

"Ini soal akidah Saf.Jangan dibuat main.Tentulah Islam.100 peratus Islam jawapanku.Mahu sebab rasional?Islam agama yang syumul.Sekecil-kecil perkara ada buktinya.Panduannya teguh dan tidak berubah,Al-Quran dan Sunnah.Islam agama yang mengangkat kedudukan wanita.Menghapus kasta yang memecah umat sebelumnya,"jawapan panjang diberi Muslih.Kopi dihirup lagi.

"Kau tahu beza Islam dan kafir?",makin panjang persoalan Safir.

"Apa bezanya?Mengucap dua kalimah syahadah.Kira dah jadi muslim kan?",Muslih mencanang idea.Matanya tajam.Ada sinar ingin tahu.


"ان بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة"
Safir memberi jawapan.Sepotong hadis penuh maksud tersirat.Sepotong ayat yang diharapkan dapat menyentuh hati seorang teman.
~~~~~~~~~
 "Dr.Mus..ayuh..jemaah dah lengkap",sapaan Pak Hamid dari belakang mematikan lamunan.Imbauan memori 15 tahun lalu terhenti. "Safir,semoga Allah merahmatimu.Kembara islahmu berteman.Bukan individual.Terima kasih",bisik hati kecil Muslih.Kaki menuju mengisi barisan jemaah dengan hati yang sebak.Tangan diangkat.Takbir dilafaz.Menunaikan hak terakhir ke atas saudara seakidah.


Glosari :
1.Composite : salah satu bahan yang diguna untuk membaiki kekurangan pada gigi
2.Enamel Hatchet : salah satu alatan pergigian
3.Canine : Gigi taring
4.Curvature : lengkungan

13 comments:

nsmujahidahnmnor said...

wow..menarikkkk.. :)
mabrouk2

Anonymous said...

aku kenal cerpen nih! hoho. honestly aku suke akhir die .. :DDD

err .. tp aku xfhm istilah2 dentist ko hua hua .. (-_-!)

Tengku Nadhirah said...

pergh wawa.. mantap2!!!

p/s: nnti kene buat foot notes kat bwh ttg istilah2 dentist tu. kesian org x faham =)

'Ezzah Al-Islam said...

hoho.. hebat penangan bengkel ni..
terus bergerak dr2 kita.. mubarak2!!!

"kembara islahmu berteman. bukan individual" ayat paling tersentuh. sgt mendalam ni..

jiwa dai'e yang hidup dengan gema dakwah. teruskan melangkah wawa..

btw, kami tak faham ayat terakhir ang..

"menunaikan hak terakhir kepada saudara seakidah" ??

Ain Mardhiah said...

salam

waaaaa, best2! simple tapi mendalam. aku suka! aku takde komen lain rasanya, tak reti la komen bab cerpen. ana bukan ahlinya. hehe.. tapi yang ni best la bagi aku. ^^, mantap ah wawa~ apa lagi, pas ni boleh lah brainstorm cerpen baru plak... ^_^Y

izz, kalau ko perasan, cerita ni akhirnya nampak macam safir meninggal. Ini slot waktu solat jenazah a.k.a hak terakhir muslim, tapi aku rasa hak last tu yang hantar ke kubur. betul tak? betul ke prediction aku wawa?

ayyash said...

salam wa..

fulamak..mantop member ak ni..
tak sia2 ak masak bg ko mkn dlu..
haha..dr sebuah gerobok, melahirkan penulis berjiwa daie..hehe..nk tngu karya ilmi plak..

komen dr ak yg amatur..
ak rase dialog dy santai dan real..jugak ilmiah, menunjukkn penulis dy tahu apa yg ditulis..
konklusinye, mabruk alaiki habebti..

psst..dh tukar warna layout nmpk? counter je ak x perasan lg..haha..

Nasuha said...

kaknik : TQ2..termotivasi utk mnulis slps join bengkel penulisan..

Arina : hii..ko yg 1st bc malam tu..ho3..tq~

irah :baru buat foot notes..ho3..memperkenalkan dentistry pulak rasanya

husna zahran said...

eceh..cik wa jd penulis cerpen doh loni...

percubaan yg mantap..tp aku tak tau knp aku lost pd akhir2 perenggangnya...huhu..

zigaki asrar said...

wah...mantap shbtku.
nk komen pn, sapelah daku. hehe.
cerpen yg punyai motif yg bgus.
cume klu blh selami lagi hati mus dan safir. biar pembaca seolah-olah 'lihat' adegan antara keduanya n fhm situasi keduanya.
bgus3...=)

Nasuha said...

'Ezzah Al-Islam : penangan bengkel mmg dirasa..syukran sbb ajak join hari tu..skrg,perlu lebih berusaha..menyentuh hati2 menuju redhaNya..~

Ainul : syukran2..ni kali pertama tulis cerpen..tak percaya rasanye..keyakinan semua org boleh menulis dah bertambah..~perlu lebih berusaha!~aiwah..prediction itu betul..~

Ayyash :wsalam..haa..ni penangan kari ayam ko la ni..hik3..AAmin..doakan semoga jiwa itu sntiasa hidup mekar..aku bosan saat jiwa itu memberontak..ho3..counter tu nanti2 aja la dulu..aku tggu ko letak dulu..ha3

Nasuha said...

husna : masih bertatih..perlu juga tunjuk ajar dr cik hikayat..~haa..tu la..ramai jgk yg lost kat part ending tu..~

zigaki : tq..dpt juga sedikit tips dr penulis cerpen maahad..~

.:naurahislami:. said...

salam...maaf lmbt tgl komen...sbb bkk ngn google chrome,xjpo nk cr nk komen mn..hihi...
nway,sgt mantap!!
mula2 bc,egt nk crita pgalaman..hehe..
upe2nya 1cerpen...
thniah!
keep it up~

Nasuha said...

naurah : wsalam.its ok dear..tq..mmg base on pengalaman pun..dan pemerhatian..diadaptasi..eceh..hehe..btw..bab amanat ayah tu,its real..(ayah pernah wat pbandingan gitu kat rumah..time2 malas..huu)..insyaAllah..akan keep up..tunggu exam final habis..~doakan hati ini T.H.A.B.A.T~