Cuti kali ini agak berbeza.Jadual tidak terlalu padat,tidak terhad pada 1 aktiviti sahaja.
Masa yang terluang juga dimanfaatkan dari pelbagai aspek di bawah satu tema : BELAJAR!
Menjadi tourist guide :
Pengalaman yang paling berharga!Membawa 4 sahabat dari Moscow menjelajah bumi Jordan dan Syria.
Hari pertama dimulakan dengan lawatan ke Mukhayyam Palestin,tinggalan Kota Rom di Jerash dan Ma'rikah Yarmouk.Siapa sangka,pada hari matahari memancar terik dengan suhu mencecah 34 darjah,kami bersiar-siar di sekitar Jordan.Apa yang best?Haa..
1)Mengasah bahasa Arab dengan cara bersembang dengan driver van.Sedikit sebanyak,tatabahasa yang agak berterabur dapat dibetulkan.Adakalanya,pakcik driver menggunakan bahasa 'arab fushah(bila dia tengok muka kami berkerut).
2)Hargai sejarah.Menghargai tidak cukup dengan hanya mengetahui fakta sejarah,tapi output yang kita boleh ambil untuk membina diri!
mukhayam palestin-jerash-ma'rikah yarmouk
Hari kedua dan ketiga.Penjelajahan ke bumi Syria.Ditemani oleh Cik S.Ini adalah kali ke-5 saya menjejakkan kaki ke Syria(lebih spesifik-Damsyiq).Dengan kata lain,perancangan perjalanan kali ini berdasarkan pengalaman sedia ada (bajet,pengangkutan dan keselamatan).Alhamdulillah,permusafiran kali ini dipermudahkanNya.Kami ditemukan dengan beberapa pelajar Malaysia di sana,dan segala urusan cukup sempurna!Terima kasih (^_^)
damsyiq
Masa untuk membina :
Cuti kali ini juga menyaksikan kedatangan delegasi dari Kelantan(Speaker Dewan Undangan Negeri dan ADUN Pasir Tumboh)Bagi saya,ini kali pertama bertemu dan menguruskan VIP.Entah berapa kali terdetik perkataan "Oooo..gini.." di hati.
Mengutip mutiara kata dari 2 pemimpin tersebut,apa yang dapat saya simpulkan :
Kita adalah golongan harapan dalam menyembuhkan penyakit[baca : masalah] dalam masyarakat.Tanggungjawab dan amanah besar ini terletak di setiap bahu pemuda pemudi Islam.
Apa yang kita boleh buat sepanjang bergelar pelajar?
BINA diri!
Tugasan akhir :
Sesi kepimpinan 2009/2010 kian hampir berakhir.Setahun.Tempoh yang agak lama andai dinilai dari segi kerja-kerja yang menekan diri.Tapi setahun juga tempoh yang sangat singkat jikalau dilihat dari aspek mendidik jiwa.
Setahun
aku kenal apa beza laporan dan minit mesyuarat
Setahun
aku faham erti kepuasan hati apabila hasil kerja siap sempurna
Setahun
aku disisi rakan kerja yang saling menyokong dan memberi semangat
Setahun
aku hargai masa yang menghimpit
Setahun
aku kenal apa beza laporan dan minit mesyuarat
Setahun
aku faham erti kepuasan hati apabila hasil kerja siap sempurna
Setahun
aku disisi rakan kerja yang saling menyokong dan memberi semangat
Setahun
aku hargai masa yang menghimpit
Setahun
2 comments:
waah...besnye g jln dgn org moscow. nnt nk tgk gmbr..sedih x berpeluang spend masa dgn diorang
terbaek!! :)
Post a Comment