Monday, May 24, 2010

Hati : Antara 2

Semalam,23 Mei 2010,merupakan hari kemerdekaan yang ke-64 buat Jordan.Kelihatan para pemuda yang bersemangat mengadakan perarakan menyambut hari bersejarah itu.Aah..semangat kenegaraan cukup sebati dalam kalangan masyarakat di sini.Dalam lingkungan 100 orang,memegang sepanduk-sepanduk dan gambar Raja Abdullah,mereka berarak sambil melaungkan slogan Jordan.Semestinya,suasana cukup hingar-bingar sehingga kelenaan tidur terganggu.

*****

Semalam,8 Jamadil-Akhir 1430 hijrah,merupakan hari 'ulang tahun' ke-1417 perlantikan Umar-Al-Khattab sebagai khalifah kedua umat islam setelah dipersetujui oleh para sahabat.Mula memegang tampuk kepimpinan secara rasmi pada 22 Jamadil-akhir (selepas Abu Bakr meninggal dunia),Umar Al-Khattab memainkan peranan dalam mengembangkan empayar Islam.Menawan Mesopotamia,menamatkan empayar Byzantine dan membuka Kota Baitulmaqdis,sumbangan beliau cukup besar pada umat waktu itu.Aah..tapi sayang,kini berapa ramai yang mengenali Umar-AlKhattab?Siapakah yang mempunyai impian seperti beliau?Mempunyai semangat sepertinya untuk menaikkan Islam sebagai world-order?

*****
Sejarah itu berulang setiap tahun.8 Jamadil-Akhir.Bertitik-tolak dari keputusan syura para sahabat,Islam menuju kegemilangannya pada zaman Al-Farouq.Namun,segelintir sahaja yang tahu dan peka dengan hari penuh makna ini.Jauh sekali,perarakan dan sambutan diadakan.Dan jauh di sudut hati,aku cemburu dengan semangat Al-Farouq!

1 comment:

Abdul Munir Sanusi said...

Hari Kemerdekaan Jordan adalah hari ini. 25 Mei. Sekian.