Alhamdulillah atas nikmat masa yang dikurniakanNya.Setelah hampir 2 minggu,cuti pertengahan semester kini tinggal sehari untuk 'dinikmati'.
Cuti kali ini agak berbeza.Jadual tidak terlalu padat,tidak terhad pada 1 aktiviti sahaja.
Masa yang terluang juga dimanfaatkan dari pelbagai aspek di bawah satu tema : BELAJAR!
Menjadi tourist guide : Pengalaman yang paling berharga!Membawa 4 sahabat dari Moscow menjelajah bumi Jordan dan Syria. Hari pertama dimulakan dengan lawatan ke Mukhayyam Palestin,tinggalan Kota Rom di Jerash dan Ma'rikah Yarmouk.Siapa sangka,pada hari matahari memancar terik dengan suhu mencecah 34 darjah,kami bersiar-siar di sekitar Jordan.Apa yang best?Haa..
1)Mengasah bahasa Arab dengan cara bersembang dengan driver van.Sedikit sebanyak,tatabahasa yang agak berterabur dapat dibetulkan.Adakalanya,pakcik driver menggunakan bahasa 'arab fushah(bila dia tengok muka kami berkerut). 2)Hargai sejarah.Menghargai tidak cukup dengan hanya mengetahui fakta sejarah,tapi output yang kita boleh ambil untuk membina diri!
mukhayam palestin-jerash-ma'rikah yarmouk
Hari kedua dan ketiga.Penjelajahan ke bumi Syria.Ditemani oleh Cik S.Ini adalah kali ke-5 saya menjejakkan kaki ke Syria(lebih spesifik-Damsyiq).Dengan kata lain,perancangan perjalanan kali ini berdasarkan pengalaman sedia ada (bajet,pengangkutan dan keselamatan).Alhamdulillah,permusafiran kali ini dipermudahkanNya.Kami ditemukan dengan beberapa pelajar Malaysia di sana,dan segala urusan cukup sempurna!Terima kasih (^_^)
damsyiq
Masa untuk membina : Cuti kali ini juga menyaksikan kedatangan delegasi dari Kelantan(Speaker Dewan Undangan Negeri dan ADUN Pasir Tumboh)Bagi saya,ini kali pertama bertemu dan menguruskan VIP.Entah berapa kali terdetik perkataan "Oooo..gini.." di hati.
Mengutip mutiara kata dari 2 pemimpin tersebut,apa yang dapat saya simpulkan :
Kita adalah golongan harapan dalam menyembuhkan penyakit[baca : masalah] dalam masyarakat.Tanggungjawab dan amanah besar ini terletak di setiap bahu pemuda pemudi Islam.
Apa yang kita boleh buat sepanjang bergelar pelajar?
BINA diri!
Tugasan akhir : Sesi kepimpinan 2009/2010 kian hampir berakhir.Setahun.Tempoh yang agak lama andai dinilai dari segi kerja-kerja yang menekan diri.Tapi setahun juga tempoh yang sangat singkat jikalau dilihat dari aspek mendidik jiwa.
Setahun aku kenal apa beza laporan dan minit mesyuarat Setahun aku faham erti kepuasan hati apabila hasil kerja siap sempurna Setahun aku disisi rakan kerja yang saling menyokong dan memberi semangat Setahun aku hargai masa yang menghimpit Setahun
Semalam,23 Mei 2010,merupakan hari kemerdekaan yang ke-64 buat Jordan.Kelihatan para pemuda yang bersemangat mengadakan perarakan menyambut hari bersejarah itu.Aah..semangat kenegaraan cukup sebati dalam kalangan masyarakat di sini.Dalam lingkungan 100 orang,memegang sepanduk-sepanduk dan gambar Raja Abdullah,mereka berarak sambil melaungkan slogan Jordan.Semestinya,suasana cukup hingar-bingar sehingga kelenaan tidur terganggu.
*****
Semalam,8 Jamadil-Akhir 1430 hijrah,merupakan hari 'ulang tahun' ke-1417 perlantikan Umar-Al-Khattab sebagai khalifah kedua umat islam setelah dipersetujui oleh para sahabat.Mula memegang tampuk kepimpinan secara rasmi pada 22 Jamadil-akhir (selepas Abu Bakr meninggal dunia),Umar Al-Khattab memainkan peranan dalam mengembangkan empayar Islam.Menawan Mesopotamia,menamatkan empayar Byzantine dan membuka Kota Baitulmaqdis,sumbangan beliau cukup besar pada umat waktu itu.Aah..tapi sayang,kini berapa ramai yang mengenali Umar-AlKhattab?Siapakah yang mempunyai impian seperti beliau?Mempunyai semangat sepertinya untuk menaikkan Islam sebagai world-order?
*****
Sejarah itu berulang setiap tahun.8 Jamadil-Akhir.Bertitik-tolak dari keputusan syura para sahabat,Islam menuju kegemilangannya pada zaman Al-Farouq.Namun,segelintir sahaja yang tahu dan peka dengan hari penuh makna ini.Jauh sekali,perarakan dan sambutan diadakan.Dan jauh di sudut hati,aku cemburu dengan semangat Al-Farouq!
Assalamualaikum.Pertama kali menjenguk alam blog setelah hampir sebulan menyepi.Alasan kukuh?kelemahan diri yang tidak mampu menghadapi kekangan masa yang ada.
Nasi kerabu,menu yang tidak asing bahkan popular di kalangan warga negeri pantai timur terutamanya Kelantan.Merupakan menu yang saya kira agak kompleks,nasi kerabu mendapat tempat khusus di hati masyarakat negeri itu.Nasi kerabu juga enak disajikan bersama ikan goreng bersalut tepung/ayam rempah/solok lada.
Bagi seorang perantau,saya tidak menafikan perasaan rindu untuk menikmati sajian nasi kerabu asli di Kelantan(dengan kata lain,saya juga kuat makan).
Buat nasi kerabu di Jordan?it is possible!Sedikit sebanyak boleh menghilangkan rasa mengidam.
Bahan :-
Kerabu: 1.Sardin Milo (2-3 tin) 2.Kelapa kering/kopra 3.Serai (3 batang) 4.Bawang besar 5.Bawang putih 6.Gula Melaka (cairkan) 7.Lada hitam(hancur) 8.Garam
Kuah: 1.Bawang besar 2.Cili kering 3.Serai(2 batang) 4.Lengkuas 5.Santan
Cara :-
1.Kerabu :
Sardin dihancurkan dan digoreng tanpa minyak.
Blend kelapa kering dan digoreng tanpa minyak.
Blend bawang besar,bawang merah dan serai.
Panaskan kuali dengan api sederhana.Tumis bahan yang diblend.
Setelah harum baunya,masukkan sardin.Kacau rata.
Masukkan lada hitam dan garam
Akhir sekali,masukkan kelapa kering dan gula melaka.Kacau sebati.
Penat.Seraya dengan itu,kerusi ditarik.Ini bukan kali pertama hujung minggu tidak dinikmati.Rasa bersalah juga mengisi ruang hati.Masakan tidak,keluarga hanya menerima teks pesanan ringkas kebelakangan ini.Sudah lama tidak kudengar suara adik-adik bercerita.
Sambil itu,otak ligat menyusun langkah tugas seterusnya.Tidak cukup dengan itu,pantas sahaja marker pen diambil.Menambah senarai amanah di whiteboard beserta tarikh due-date."Ah,seorang muslim itu perlu tersusun urusannya.",getus sang hati.
*****
Pagi Isnin yang dingin.Usai kuliah pertama pagi itu,kaki melangkah ke cafe.Masih ada baki 5 jam sebelum bermula kuliah seterusnya.
"Kau mahu ke mana selepas ni?",sambil roti dicicah humus,Jamal bertanya.
"Ke library.Ini saja waktuku untuk belajar",ringkas jawapanku.
*****
Kepada yang menempah buku,sila datang ke rumah untuk mengambilnya.
Butang send ditekan.Email ke yahoo-group selamat dihantar.Detik itu,tinggal 6 hari sebelum menjelangnya peperiksaan.
"6 hari.Sungguh,waktu itu laju meninggalkanku.".Lampu dipadam.Jam 10 malam,Khamis.
Jumaat,seawal 3 pagi,aku bangkit.Hari ini akan diisi dengan menyertai program anjuran persatuan.Alhamdulillah,satu ilmu baru kuperoleh.
Hari seterusnya,Sabtu.
"Qim,boleh aku pinta kau hantar buku aku yang kau pinjam,aku perlukannya."
"Aku pergi rumah kau.Tapi tak dapat ambil buku?"
Skrin laptop penuh dengan mesej ringkas yahoo messenger sekaligus mengatakan hari ini ialah hari melaksanakan tanggungjawab.
"Ya Allah,aku merancang untuk study,tapi Kau merancang sebaliknya untuk aku"
4 hari lagi tinggal untuk menghadapi imtihan awal.Langkahku laju.Menuju rumah sahabat-sahabat.Ku sampaikan buku tersebut.Sambil hati memujuk,"Aku yakin.Allah akan permudahkan urusan exam aku sebagaimana aku memudahkan urusan sahabatku".
*****
Hari yang ditunggu.Aku tidak yakin.Masakan tidak,buku diselak 2 hari sebelum hari imtihan. Sistem universiti yang menyediakan peperiksaan secara on-line juga menambah kerisauan.Tambahan pula,aku tidak tahu ratio soalan dan masa yang diperuntukkan untuk imtihan kali ini.
Butang submit ditekan.Setelah 2 kali menyemak jawapan.Setelah tidak putus berdoa.Mungkin sahaja penjaga makmal komputer pelik melihat mulutku yang terkumat-kamit.Gaya seperti tok bomoh barangkali?Saat itu,masa berbaki 10 minit.
Perjalanan 4 hari 3 malam ke Syria dibawah anjuran KMKJ.Terima kasih buat semua yang menjayakan Winter Splash Syria kali ini.Seribu kemaafan dipohon atas segala kekurangan.Sekalung penghargaan buat Ketua dan Timbalan Biro Ekonomi KMKJ yang bertungkus-lumus merancang program ini.Tidak dilupakan tour guides yang lain : Ustaz Ziad,Ustaz Llemi dan Ustaz Adam.Juga sahabat comel dari Mafraq,Aina..
Kubu Salahudin Al-Ayyubi,Aleppo
Maqam Nabi Zakaria A.S
Masjid Umawi,Aleppo
Permandangan bandar Dimasq pada waktu malam Jabal Qusoin
Maqam 16 Syuhada,Dimasyq
Masjid Umawi,Dimasyq
Gelagat sebahagian penganut Syiah di Maqam Ahli-Bayt,Dimasyq
Salam
Alhamdulillah.Minggu lepas,kiriman parcel dari emak dan ayah selamat sampai ke Jordan.Dengan kata lain,stok makanan di rumah kini juga bertambah.Antaranya,tepung pulut.Haa...Ini juga alarm untuk rajin-rajin mengintai resepi kuih-muih.
Kebetulan,3 hari lepas telah diadakan Majlis Solat Hajat di bawah kelolaan KMKJ dan PUTRA.Uniknya majlis kali ini,makanan disediakan oleh hadirin yang hadir.Saya?mengambil peluang menggunakan tepung pulut.Niat dihati,kalau jadi kuihnya,saya akan bawa ke majlis.Kalau tidak,setakat beli halawiyat sahaja.Syukur,kuih dari resepi emak,menjadi.
"Biji nangka"
Resepi:
Tepung Pulut
Sedikit Air
Pewarna
Santan
Halba
Sedikit halia
Gula
Cara :
(Kuih)
1.Masukkan tepung,air dan pewarna dan uli sehingga tepung tidak melekat di tangan.
2.Bentukkan kuih mengikut acuan kegemaran anda.
3.Panaskan air sehingga mendidih.Perlahankan api.Masukkan kuih.Angkat kuih apabila ianya "terapung".Tos dan sejukkan.
(Kuah)
1.Masukkan santan,halia dan halba serentak.
2.Kacau sehingga mendidih.
3.Letak gula secukup rasa.
4.Masukkan kuih dan kacau sehingga pekat.
"Place the composite incrementally.Each layer should not exceed 2 milimetres",suara Dr.Ghada memecah konsentrasi warga makmal.Setiap pancaindera mula mengalih perhatian.Sebagai penilai utama hasil kerja,tips yang disampaikan oleh beliau amat penting untuk dipraktikkan.
Makmal kembali riuh-rendah.Dengan fasiliti yang ada,makmal pergigian di bangunan D3 mampu memuatkan 40 orang pelajar pada setiap sesi praktikal.Di makmal yang sederhana,para penuntut diajar mengenali alatan-alatan pergigian dan cara penggunaan yang betul.Bagi yang memerhati,makmal ini punya seribu erti kerana warna-warni suasananya.
Masa yang diberi masih berbaki 10 minit.Enamel Hatchet dicapai pantas.Terdapat sedikit kekurangan perlu diperbaiki.Tugasan kali ini agak kompleks.Class 4 restoration with composite.Mengembalikan rupa asal gigi kacip atas yang patah atau rosak disebabkan trauma.Bukan mudah.Elemen estetika sangat penting.Kekemasan kerja juga diambil kira.Pendek kata,hasil tangan seorang doktor gigi itu perlu fast and smart!.
"Mus..Senyum tak henti nampaknya.Markah penuh macam biasa la tu",sapaan dari belakang mematikan lamunan.Safir.Teman seperjuangan di bumi Urdun yang tidak lekang dari mengusik rakan-rakan.
"Perli ke puji?",balas Muslih ringkas.
"Jom ke Mat'am Mahmood.Dapat maqlubah satu wajbah pun sedap ni.Aku belanja.Tapi sebelum tu,kita singgah solat di masjid dulu.Jom?",pantas Safir memanjangkan bicara.Sambil tangan sibuk memasukkan dental instruments ke dalam kotak.
"Aku sibuk la Saf.Maaf ya.Malam ni kena siapkan minit mesyuarat.Kalau nak belanja,bawak balik rumah aja lah.."
~~~~~~~~~~
Safir termenung jauh.Adakalanya buntu memikirkan perihal Muslih.Ini bukan pertama kali ajakannya ditolak mentah.Muslih bukan lagi kanak-kanak kecil.Barangkali sudah immune dengan jerat habuan yang dipasang Safir.Dia sudah mengerti,ajakan Safir ada agendanya tersendiri.Ada sahaja alasan yang diberi untuk mengelak.
Muslih bukan orang asing dalam kamus hidup Safir.Teman serumah sudah hampir 3 tahun.Sederhana tegap,hitam manis orangnya.Pemuda yang berasal dari negeri Serambi Mekah itu seringkali menjadi rujukan sahabat-sahabat dalam hal akademik.Pendiam.Tapi ada wawasan.Pemegang anugerah Tokoh Pelajar Contoh itu juga disenangi ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia di sini.
Tapi,setiap makhluk itu ada kekurangannya.Samada kekurangan itu diberi sebagai ujian untuk diatasi atau diambil iktibar.Muslih juga tidak terkecuali.
"Ini ujian kami bersama.Aku tidak sesekali akan tinggalkan dia.Kekurangannya boleh dibaiki.Aku yakin dia juga termasuk dalam kalangan hambaMu yang soleh suatu hari nanti.Aku tahu kemampuannya untuk sujud padaMu!",satu tekad disemat dalam hati.Doa pada Yang Maha Kuasa tidak putus.Hanya satu pinta Safir.Semoga sahabatnya menjadi seorang khalifah berjiwa hamba.
~~~~~~~~~~
12 malam.Jam dirasa berdetik laju.Sudah beberapa hari jadualnya penuh.Penat dan lesu.Badan yang perlukan stamina direbahkan.Sel dan otot perlukan rehat.Sebelum terlelap,otak Muslih ligat mengingat tugasan yang berjaya disempurnakan.Nota akademik,laporan makmal,data ahli persatuan dan minit mesyuarat.Satu-persatu disemak dengan bayangan di minda.Semuanya siap.Hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada yang berhak.Namun,seakan ada rasa ketidakpuasan.Masih kosong.Tidak ada ketenangan hati dikecapi.
"Do it carefully.The canine is like your prayer.Place it at the right position,unless you'll lost your guideway to have a good curvature"
"Nabi Isa diuji dengan ujian kemiskinan.Nabi Ayyub ditarik nikmat kesihatan.Nabi Sulaiman punya kerajaan yang luas.Nabi Ibrahim pula dengan ujian perpisahan dan pengorbanan.Nabi Muhammad A.S diberi tugas paling berat.Mereka ada posisi masing-masing tapi istiqamah berdiri sebagai seorang 'abid setiap hari"
Terngiang-ngiang kata Dr.Esam yang diucap dalam kuliah pagi tadi.Diselangi amanat ayah sebelum berangkat ke Jordan.
"Ah..biarkan",getus hati Muslih.Ego.
~~~~~~~~~~
"Mus..semalam Cheon ada tanya Am.Lepas tu Am tanya Mat.Mat pula tanya aku.Kali ni aku nak tanya kau pula.Boleh ye?",bicara Safir sambil tersengih.Ada sahaja lawak songsangnya.Memecah dingin pagi Jumaat dengan hilai-tawa.
"Ha..panjang muqadimahnya.Tak mahu bagi pengenalan soalan pulak ke?Kategori apa,susah ke senang?tanya lah.Nanti aku buat laporan kajian kau lepas ni",respon mesra diberi Muslih.Sambil menghirup kopi bujang.Pahit.
"Antara Kristian,Budha dan Islam.Mana yang terbaik?",Safir melontarkan soalan.
"Ini soal akidah Saf.Jangan dibuat main.Tentulah Islam.100 peratus Islam jawapanku.Mahu sebab rasional?Islam agama yang syumul.Sekecil-kecil perkara ada buktinya.Panduannya teguh dan tidak berubah,Al-Quran dan Sunnah.Islam agama yang mengangkat kedudukan wanita.Menghapus kasta yang memecah umat sebelumnya,"jawapan panjang diberi Muslih.Kopi dihirup lagi.
"Kau tahu beza Islam dan kafir?",makin panjang persoalan Safir.
"Apa bezanya?Mengucap dua kalimah syahadah.Kira dah jadi muslim kan?",Muslih mencanang idea.Matanya tajam.Ada sinar ingin tahu.
"ان بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة"
Safir memberi jawapan.Sepotong hadis penuh maksud tersirat.Sepotong ayat yang diharapkan dapat menyentuh hati seorang teman.
~~~~~~~~~
"Dr.Mus..ayuh..jemaah dah lengkap",sapaan Pak Hamid dari belakang mematikan lamunan.Imbauan memori 15 tahun lalu terhenti.
"Safir,semoga Allah merahmatimu.Kembara islahmu berteman.Bukan individual.Terima kasih",bisik hati kecil Muslih.Kaki menuju mengisi barisan jemaah dengan hati yang sebak.Tangan diangkat.Takbir dilafaz.Menunaikan hak terakhir ke atas saudara seakidah.
Glosari :
1.Composite : salah satu bahan yang diguna untuk membaiki kekurangan pada gigi
2.Enamel Hatchet : salah satu alatan pergigian
3.Canine : Gigi taring
4.Curvature : lengkungan
Baru dapat teknik untuk save screen ke dalam bentuk JPG/GIF dan lain-lain.
Bagaimana?
1.Cari butang Print Screen atau PrtSc
2.Tekan Ctrl dan PrtSc serentak
3.Buka Microsoft Powerpoint/Paint atau yang sewaktu dengannya
4.Tekan Ctrl+v atau dengan kata lain "Paste"
5.Save ke dalam format picture seperti JPEG/GIF
p/s :
~Teknik biasa sahaja.Saya budak baru kenal teknologi.
~Tangan masih gatal dan merah.Sudah beberapa hari tidur tidak nyenyak.Nampaknya Histamine berfungsi dengan baik dan memberi kesan itchy yang cukup hebat.Apakah epidermis layer pada kulit tangan makin menipis atas sebab digaru tidak henti?
~Syukran buat KakNik yg temankan Wawa ke Markaz Sihhi..Tak lupa kawan-kawan yang memberi khidmat nasihat dan sokongan mental.
~Balik dari Markaz Sihhi,dengan penuh kejam,saya meng-clorox dinding bilik yang dipenuhi kulat.Semua pakaian juga dibasuh dengan Dettol.Sungguh harum bau clorox itu.huhu.